Logo KMK Kumpulan UPEN
- 9
- Add a Comment
Aku adalah di antara salah satu ahli jawatankuasa bagi Unit kami di Jabatan Ketua Menteri Melaka. Kami secara sepakat menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengambil bahagian dalam presentation “Kumpulan Meningkat Mutu Kerja” yang dihoskan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka pada tahun 2009.
Aku telah ditugaskan untuk mereka cipta logo kumpulan kami yang diberi nama “UPEN” iaitu:
- U-Utmost
- P-Prudence
- E-Efficient
- N-Nation
Tema projek team UPEN pada tahun ini adalah “PENGURUSAN SISTEM FAIL PENSWASTAAN”. Objektif dan juga target pencapaian kami pada tahun ini adalah ingin merebut kejuaraan yang dipegang oleh Unit I.T pada tahun 2007 yang lepas.
Jadi, beberapa perkara penting telah diambil perhatian untuk memastikan agar segala input dapat dijelaskan dengan mudah dan juga memastikan output yang benar-benar berkesan dan mempunyai nilai dan kualiti yang tersendiri. Aku rasa amat berbesar hati untuk dipilih kedalam team ini dan bertekad untuk mengalahkan pesaing kami dan memberikan sesuatu yang benar-benar dapat diaplikasikan dalam badan kerajaan sendiri untuk menjadi lebih efisyen dan proaktif.
Tugas pertama aku adalah mereka bentuk logo kumpulan kami dan ianya bukan satu tanggungjawab yang mudah oleh kerana aku amat memastikan logo tersebut mempunyai nilai dan mesej yang benar-benar melambangkan kumpulan kami.
Proses mereka bentuk logo ini mengambil masa hampir 5 jam secara keseluruhannya. Agak sukar juga untuk aku menterjemahkan mesej yang sepatutnya dalam logo ini, namun begitu aku berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan segala sempurna.
Logo di atas adalah hasil 5 jam proses yang aku buat. Walaupun ianya nampak macam kebudak-budakkan, tapi tidak mengapalah.Janji mesej yang aku ingin sampaikan dapat difahami. Kamu semua jangan gelakkan aku yer. Apa lagi, berilah komen sikit pasal logo ni.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!







