Uzairubiah[dot]com Sudah Pun Upgrade Ke 2.7

December 12, 2008 by uzair  
Filed under Macam-Macam

Aku mahu berterus terang. Aku amat suka dengan improvement yang dibuat oleh team Wordpress ni. Daripada simple dulu, sekarang features dia dah macam pro. Nampak lebih tersusun dan memberikan aku lebih kuasa untuk mengolah segalanya mengikut kesukaan. Disertakan juga video untuk kamu semua dari team wordpress. Selamat upgrade.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kisah Kontraktor dan Pegawai Majlis Perbandaran

December 11, 2008 by uzair  
Filed under Macam-Macam, Personal

Tersebutlah kisah yang dikatakan berlaku di sebuah Majlis Perbandaran di sebuah negeri di pantai timur.

Kontraktor : Ambo nok mitak kelulusan buat rumoh,lagu mano gak caro dia?

Pegawai:lagu ni..mula-mula wat pele(pelan) dulu.

Kontraktor : Pele?Ambo ado doh!

Pegawai: Mano?kalu ada wat tubikla kawe nok tengok.

Kontraktor : Errr!Tok leh!Tok leh!

Pegawai: Bak po tok lehnyo,cepatla wat tubik!

Kontraktor: Kalo dok tengok dok leh ko?

Pegawai: Tol lehla!!!kawe nak lulus luluh gano kalu kawe dok tengok!!!?

Konraktor: Eh!Ambo ghoyat doh ambo malu nok tunjuk.

Pegawai: Malu bakpo pulok?Pah tu bawak pele wat gapo kalu tok sir tunjok? 

Kontraktor: Ehhh!malu la nok tunjok,pele ambo kecik!

Pegawai: Laa..kecik pun takpo kalu cukup syarat.Kalu dok tunjok,kawe nok sain lulus lagu mano?

Kontraktor: Nok wat tubik nok tunjok kat mano?orghe ramai nih..malu ambo!Malu ambo weh!!

Pegawai: La,tak apo..nak malu ko gapo?Wat tubik letok atah meja kaunter ni pun buleh.Cepatlah,kawe ada khija lain lagi nih!Sibuk benar nih,kena pehe la!

Kontraktor: Hoh..ambo wat tubik dah ni..cepatla tengok..!

Pegawai: Ya Rabbi(sambil melompat terkejut)buke pele ni!!!

Kontraktor: Tula ambo dah ghoyak tadi kan?Pele ambo kecik,demo nak jugok tengok!

Pegawai: Laaaaa..buke pasal kecik besornyo!Maksud kawe pele bangune(pelan bangunan)

Kontraktor: La!Kawe ingat pele ni..kalu pele bangune ado la dale beg ni!Tak ghoyak pun pele bangune..mana ambo tahu.

Pegawai: Kawe ingat demo pahe.Hok dok mari doh pun dok jadi lagu ni.

ha..ha..bolehlah untuk dijadikan santapan gelak ketawa aku di saat-saat tegang time buat kerja..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Sori Lama Tak Post

December 10, 2008 by uzair  
Filed under Personal

Wah..lama jugak aku tak post kat sini.By the way, aku pulang ke kampung halaman di Kuala Kangsar. Dan sesambil tu,berjalan-jalan di serata pelosok melawat sedara-mara yang sudah lama tidak bersua muka serta menenangkan kekusutan minda ketika berada di bandar metropolitan.

Decitan omnivor dan ngauman herbivor di kampung, sungguh mengasyikkan. Sesekali terkena tempias angin segar dari kampung, memang indah. Waktu ku banyak dipenuhi dengan menjadi pemerhati alam, selain bermuhasabah diri mengenangkan betapa kerdilnya kita dengan Allah S.W.T. Rasa bersyukur pula aku masih diberi kesempatan untuk merasai keindahan alam semulajadi serta masih hidup untuk menunaikan kewajipan sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini.

Kepulanganku ke Kuala Kangsar tidak berseri sekiranya aku tidak singgah ke bandar untuk menikmati Laksa Pak Ngah. Ada banyak penjual laksa di sekitar Arena Square, Kuala Kangsar. Pilih sahaja yang mana berkenan. Laksa kuala kangsar, memang menjadi pujaanku sejak kecil. Bukan seperti laksa yang kamu boleh dapati di Pasaraya, ianya dibuat sendiri dan lebih dikenali sebagai “laksa lemak”. Jadi,kalau makan sepinggan pun, sudah cukup kenyang. Tapi seperti biasa, aku makan dua pinggan.Laksa memang makanan kegemaran aku.

Sambil menjamu selera, telinga aku dihidangkan pula oleh suara lunak orang-orang kuala yang berkaraoke di dalam Arena Square. Perasaan yang sangat mengghairahkan. Walaupun ianya tidak sehebat mana, namun keberanian dalam mendengdangkan lagu ber “pitch” tinggi dengan hanya mempunyai kadar vokal rendah, kekucilan yang hadir itu memberikan pengalaman yang unik bagi pendengarnya dan jarang-jarang aku dapat pada tempat-tempat terbuka.

Sekarang,aku telah pun berada di Melaka semula menunaikan kewajipan sebagai penjawat awam.Sudah seronok di kampung, sekarang masa untuk bekerja semula.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Ketika Hati Kecilku Berkata-Kata

November 28, 2008 by uzair  
Filed under Personal

Entahla,semenjak dua menjak ni,fikiran aku selalu runsing.Tercari-cari kata motivasi yang mampu untuk membangkitkan serta meleraikan segala kusut di kepala ini.Namun,hanya solat juga yang mampu memberikan aku ketenangan.Tersepit di antara kerja dan kasih-sayang.Aku perlu mencari kekuatan untuk mambantu aku menaikkan semula kadar metabolisme dalam diri.

Kadar adrenaline aku juga dilihat semakin tiada.Mungkin kerana aku kurang melakukan aktiviti mencabar buat masa ini.Tubuh terasa lesu tanpa aktiviti-aktiviti begini.Minda menjadi kurang tajam.Sifat analitikal juga sudah semakin hilang.Aku menjadi seorang yang mudah menerima apa sahaja yang datang.

Adakah ini merupakan petanda aku menghadapi krisis “work overload”? Aku hampir mengalami depresi.Menggugat perhubungan dengan yang tersayang. Mesejku sejak tadi,tiada berbalas.Mungkin merajuk agaknya.Namun kerunsingan ini tidak boleh aku biarkan begitu sahaja.

Tiada yang dapat ku-ungkapkan dengan kata-kata buat masa ini. Aku semakin pasrah.Menghadapi fasa kedua perjalananku sebagai seorang manusia di muka bumi.Cuma mengaharapkan agar segala amal ibadat serta doa, dari hati kecilku, sampai dan menuju ke Allah, Tuhan yang Maha Esa. Hanya Dia yang mampu mendengar, dan hanya dia yang mampu meleraikan segala-galanya.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Menyiapkan Portal Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka

November 18, 2008 by uzair  
Filed under Personal

Minggu ini,aku agak sibuk sedikit untuk menyiapkan portal Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka yang dijadualkan akan ke-udara pada 1 Januari 2009. Melalui Positive Media, syarikat yang telah aku tubuhkan sendiri pada April 2008,ini merupakan satu portfolio yang menarik untuk dihasilkan.

Selain menjana pendapatan melalui affiliate Market Leverage dan Clickbank, ini juga merupakan satu lagi sumber pendapatan yang dapat menambahkan lagi income untuk diri aku. Maaf sekiranya aku tidak dapat post something yang useful di sini buat sementara waktu. Dan aku mengharapkan sekiranya ada rakan-rakan di luar sana yang sudi membantu untuk menjadi blogger undangan dan post entry yang berguna di sini. Sekiranya kamu ada sesuatu yang menarik untuk disampaikan,silalah hubungi aku agar kita boleh berdiscuss dengan lebih detail.

E-book Affiliate aku pula juga akan dijadualkan sama dengan tarikh pelancaran Laman portal Upen iaitu 1 Januari 2009.Jadi anda di luar sana boleh bersedia pada tarikh tersebut. Harga e-book tersebut adalah RM 67 untuk 1000 yang pertama dan RM 97 untuk yang seterusnya. Ianya amat berbaloi dengan isi dan teknik yang aku ulaskan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

« Previous PageNext Page »