Shah Rukh Khan Dapat Datuk-Tidak Relevan

October 11, 2008 by uzair  
Filed under Macam-Macam

Shah Rukh Khan Dapat Datuk

Shah Rukh Khan Dapat Datuk

Heboh sana sini mengatakan bahawa Shah Rukh Khan dapat Anugerah Datuk dari Kerajaan Negeri Melaka.Sememangnya, aku amat pelik bagaimana pelakon Bollywood tersohor ini mendapat penganugerahan Datuk sedangkan diketahui ia tidak membawa apa-apa kemajuan dan dorongan yang baik selain menggalakkan ibu-ibu di rumah untuk mengahbiskan masa selama 3 jam di depan TV daripada membantu atau membuat kerja lain yang lebih berfaedah.

Secara tidak langsung, sekali lagi dengan ini membuktikan, pangkat “Datuk” sudah terlalu murah dan tidak lagi bernilai. Sepatutnya, ianya diberikan kepada seseorang yang banyak berjasa kepada negeri khususnya di negeri melaka sendiri, tetapi, ianya sudah termaktub bahawa Shah Rukh Khan, telah pun mendapat Datuk, dan dia sendiri tidak dapat hadir untuk menerimanya, menunjukkan bahawa tuan punya badan sendiri tidak menghormati betapa besarnya nilai Datuk yang diberikan kepadanya.

Pasti ada orang-orang yang sebenarnya tidak sabar untuk menemui superstar Bollywood ini secara dekat, namun hajatnya tidak kesampaian. Walau apapun, sepatutnya, Kerajaan Melaka lebih telus dalam menganugerahkan pangkat dan darjah kebesaran kepada orang yang hanya benar-benar berusaha keras dalam membangunkan negeri melaka, bukanlah seseorang yang hanya mampu membuai mimpi anda dan memaksa anda membzairkan sejumlah wang untuknya bagi mendapat hiburan. Fikir-fikirkanlah.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Comments

4 Responses to “Shah Rukh Khan Dapat Datuk-Tidak Relevan”
  1. zool says:

    Pakcik aku yang baru dilantik sebagai Naib Chancelor UNIMAS lebih layak.. Walaupun dia bertugas di Sarawak tapi taraf kelahiran dia sebagai anak Melaka sepatutnya beliau yang lebih layak diberi pangkat tu..
    Mungkin beliau akan dapat title tu dari negeri lain..
    Cerita banyak tak guna kan bro.. Kang kena panggil nanti..

  2. uzairubiah says:

    Tu la pasal Zool..Aku pelik tul bile Shah Rukh Khan dapat.Aku nak mintak Shah Rukh Khan ajar aku menari macam dia..Mana tau boleh dapat Tan Sri.

  3. catzer says:

    erm..apalah sengalnya diaorg ni..tp aku rasa saje buat gimik..utk tarik industri pelancongan konon2 nya..Melaka dah hilang gahnya erk dlm industri perlancongan.

  4. uzairubiah says:

    entahla Catzer..aku sebagai penjawat awam kat Melaka ni pun rasa malu dengan penganugerahan tu..Baik bagi kat David Teo jer..lagi berbaloi..

Kongsi Respon Anda

Baritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan...
dan oh, kalau nak ada gambar dalam koment, dapatkan gravatar!