Google Chrome-Definasi Baru Tentang Web Browser
Tiada apa lagi yang menarik buat aku sekarang selain melayari web dengan menggunakan web browser dari google ini yang dinamakan Google Chrome. Sememangnya Google, selain menjadi enjin carian yang paling relevan pada masa ini, mereka juga cuba menembusi satu lagi elemen penting dalam internet dengan Google Chromenya.
Setelah menggunakan Google Chrome ini selama 2 minggu, akhirnya aku mula dapat membiasakan diri setelah bertahun menghambakan diri bersama Firefox. Sungguhpun mereka telahpun ada update Firefox 3.1 mereka sekarang ini, aku merasakan Google Chrome lebih pantas dan ciri-ciri uniknya, membuatkan aku menjadikan ianya web browser kegemaran aku buat masa ini.
Ciri-ciri yang yang ada padanya, adalah dengan menggunakan “address bar” itu sendiri menjadi ruangan “search”, ciri yang tidak terdapat pada web browser lain pada waktu sekarang. Selain itu, pelayaran we secara “incognito” yang disediakan, amatlah bertepatan dengan aku yang menggunakan web sebagai mata pencarian selain mengakses pelbagai portal yang berkenaan dengan duit, jadi keselamatan perlu diutamakan. Namun, Google Chrome bukanlah yang pertama dengan ciri ini, Safari dari Apple telah lama menggunakannya. Namun, itu adalah ciri terbaik yang patut ada pada semua browser kerana dalam keadaan masa sekarang, kita terdedah pada pelbagai ancaman dari hackers,crackers, dan identity theft yang amat merbahaya.
Selain itu, ia juga ada fungsi “Anti-Crash Control” yang berupaya menghalang browser nda menjadi kejang atau “freeze”. Ini satu fungsi yang baik,namun ia juga melibatkan penggunaan memori yang banyak yang boleh melemahkan sistem anda sekiranya anda masih lagi menggunakan PC yang mempunyai memori kurang dari 1GB. Namun,ianya tidak begitu ketara.
Kesimpulan di sini ialah, Google Chrome ini merupakan adaptasi dari pelbagai kelebihan dari web browser lain seperti Firefox, Flock dan Opera dan menggunakan kelebihan dan kekurangan mereka ini sebagai inspirasi untuk melahirkan Google Chrome. Syabas diucapkan kepada tenaga kerja Google Chrome yang telah merealisasikan web brower yang boleh dikatakan yang terbaik bagi tahun ini. Sila ke pautan ini untuk mengetahui Google Chrome dengan lebih lanjut.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



aku masih setia dengan firefox lagi. hehe malas la nak guna chrome neh. hehe
firefox pun dah bagus..tapi Chrome nih aku rasa lagi best.
Lambat review la bro….
Aku dah guna chrome ni tapi sebab baru lagi masih banyak masalahnya..
Selalu meng’hanging’kan PC aku.. so terpaksa aku setia ngan firefox..
Tunggu betul2 stabil n apa dikata dikota baru tukau
aku still lagi xde crash..maybe equipment ko x cukup lagi kot..