Gambar Membawa Seribu Makna
Ha..ha..Jangan terkejut dengan gambar di atas.Tiada apa yang menarik pada hari ini sebenarnya. Lantas aku terus mencapai guitar lama Yamaha aku dan terus mengalunkan lagu yang entah apa-apa. Ada juga terfikir untuk membuat cover song dan sebagainya untuk di uploadkan ke Youtube. Namun masih lagi tidak berhasil memandangkan suara dan rupa aku yang langsung tidak komersil.
Alangkah seronoknya jika syarikat atau agen Apple di Malaysia sanggup mengendorsekan gadget dan komputer mereka untuk aku gunakan dengan aktiviti aku sebagai blogger. Namun, ianya masih lagi menjadi harapan dan harapan itu masih lagi belum pasti. Tidak mahukah mereka mendapatkan seorang selebriti blogger seperti aku menceritakan pengalaman menggunakan produk mereka?
Tiada apa yang perlu aku cemburui selain melihatkan orang lain mempunyai kehidupan yang lebih bahagia walaupun tanpa wang ringgit yang banyak. Kebahagiaan itu lebih penting dari segala-galanya. Segala semyum dan gelak ketawa makin lama semakin mengikis. Turut sama menyertai penurunan itu adalah kualiti diri aku sebagai manusia di muka bumi ini.
Tetapi, sekiranya aku terus memandang kebelakang, segala impian dan harapan akan musnah sama sekali. Hidup ini perlu diteruskan walau apa-pun yang terjadi. Segala kerja perlu disiapkan. Segala masalah perlu diselesaikan, dan segala ketegangan dan tekanan perlu di atasi.
Aku dapat merasakan yang sekiranya Apple sanggup meng-endorse-kan gadget dan komputer mereka untuk aku gunakan, pastinya segala masalah dan ketegangan itu akan mulai reda. Aku mulai sedar di akhir tulisan aku ini, yang sebenarnya aku inginkan sebuah komputer Apple..
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






