Buat Duit Dari Internet

October 31, 2008 by uzair  
Filed under Personal

Hari ini,di Melaka hujan lebat. Aku pulak,mempunyai masa yang agak lengang. Jadi,dapatlah aku membuat satu post yang agak panjang jugak untuk kamu semua. Ramai kawan-kawan rapat aku terutamanya di opis,selalu bertanyakan bagaimana aku boleh hidup dengan gaya pendapatan yang tinggi sedangkan kalau diukur dengan gaji aku bekerja dengan kerajaan, aku tidak mampu untuk mempunyai segala aset dan benda-benda yang tidak sepatutunya aku miliki.

Jawapan mudah yang aku berikan pada mereka selalunya, aku menggunakan internet untuk menjana pendapatan. Kebanyakannya mula mencebik dan kehairanan.Ada juga yang bertanyakan dengan lebih mendalam,namun hanya setakat bertanya.Ada yang kata nak follow,mintak tolong ajar, nak buat, tetapi, semuanya, hangat-hangat tahi ayam.

Jelaslah disini, “keinginan” sahaja tidak cukup. Setiap perkara yang kita hendak gapai, perlu ada sikap “buat”. mesti take action.Bukan hanya ber “keinginan”. Susah sangat ke nak buat duit di internet ini? Bagi aku, susahnya hanya pada permulaan. Dalam apa-apa kerja pun, pada permulaanya pasti ada sedikit masalah dan halangan. Macam kita masa kecil baru hendak belajar berjalan, mana ada baru berjalan dah dapat terus berlari.Mesti banyak kali jatuh, dan jatuh, barulah dapat berjalan. 

Tapi perasan tak,masa kecil, kita tak pernah putus asa untuk berjalan ke arah ayah dan ibu kita bila dia panggil. Kita sentiasa berusaha walaupun jatuh berkali-kali asalkan kita dapat berjalan ke arah ayah dan ibu.Akhirnya,kita dah dapat berjalan dengan baik.Kemudian, kita dah boleh berlari.

Apa sebenarnya yang dapat kita pelajari dari kes di atas,kita tidak pernah berhenti berusaha untuk mencapai tujuan.Jadi,mengapa perlu mengalah atau berhenti sebelum memulakannya? Sedangkan keinginan untuk buat duit dari internet itu cukup kuat?

Cukuplah introduksi di atas. Baiklah, peringatan aku, duit yang banyak tidak menjamin kebahagiaan hidup.Malah,boleh menimbulkan masalah pula di kemudian hari, tanpa kita sedari. Aku mencari pendapatan aku di internet ini, dengan menjadi affiliate. Iaitu, aku mempromosikan produk orang lain dan menerima komisyen dari setiap jualan melalui aku.

Ramai jugak yang tanya berapa jumlah yang aku buat bulan-bulan dengan jadi affiliate ini? Jawapan aku selalunya tidaklah details. Adalah lebih dari duit yang kerajaan berikan dan cukup untuk membuatkan kawan-kawan aku menjadi kehairanan tentang gaya hidup aku sendiri. Malah, ada yang sampai nak buat report sebab ingat aku buat benda tak betul. Tetapi, bila dah lihat pengisytiharaan harta serta maklumat akaun bank dan details dia, serta akaun perniagaan yang didaftarkan, terus senyap membisu. Hanya ada seorang dua yang tahu berapa jumlah sebenar.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk membantu rakan-rakan yang berminat untuk menjadi affiliate ini. Selalunya, kebanyakan IM hanya bagi maklumat atau tunjuk ajar yang di atas pagar dan asas sahaja.Itulah yang membuatkan aku terpanggil untuk buat satu e-book pasal affiliate dan blog. Menjadikan blog anda menjadi suatu perniagaan,bukan hanya sekadar blog repekan atau carutan. Dan yang paling penting, dengan gaya bahasa yang mudah serta senang untuk difahami. Buku telah pun disiapkan,namun tidak boleh direleasekan lagi oleh kerana sedang membuat video sekali untuk bakal-bakal pembeli.E-book itu,akan membincangkan perkara-perkara asas sehinggalah ke maklumat yang lebih teliti.Jadi,bolehlah anda agak jumlah muka suratnya. Bagi bahagaian video pula, dari bagaimana bermulanya anda menjadi affiliate,sehinggalah kepada langkah-langkah dan tips-tips yang amat berharga.Ianya screencast dan bersuara.Anda melihat bagaimana aku melakukannya. Jadi,kamu dapat 2 produk. 

Harga masih lagi dalam pertimbangan. Dan targetnya, pada hujung bulan November ini atau awal bulan Disember, ianya akan dapat di muat turun oleh kamu semua.Aku mengambil masa untuk buat e-book ini,bukan sebab ingin mengejar populariti,wang atau sebagainya. Tetapi, aku meneliti. Setiap apa yang ada dalam e-book dan video tersebut, hendaklah dapat disampaikan dan diikuti. Bukan hanya menimbulkan sikap “ingin buat” sahaja. Tapi, “dapat buat”. Kebanyakan e-book lain, sekadar memberi semangat.Namun, dari aku, aku ingin bakal pembeli dapat buat seperti yang aku buat. Jadi, aku akan berasa amat berpuas hati. Sekiranya sambutan menggalakkan, akan juga diadakan forum khas hanya untuk pembeli-pembeli berbincang mengenai teknik-teknik dan perniagaan serta sebagainya. Jadi, ianya eksklusif.Kamu tidak akan menyesal dengan mengeluarkan duit untuk membeli produk dari aku ini.

Akan ada lagi post mengenai berita ini di kemudian hari.Sekarang, aku ingin pulang ke rumah untuk siap bersolat.Salam dari aku,semoga anda ceria di tengahari ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Comments

2 Responses to “Buat Duit Dari Internet”
  1. zool says:

    Hm.. bukan senang nak senang ek..
    Ramai gak budak JKM nak ceburi IM ek…
    Biasalah hangat-hangat tahi ayam tu mana2 pun ada..
    Walaupun aku tak berjaya mendapat pendapatan seperti ko tapi aku dah mula nampak jalannya untuk bisnes di internet… harap2 tahun 2009 aku dapat usahakan..
    Dah start ebook ye.. bagus2.. ebook aku masih terlungkup lagi.. skg ni aku nak fokus blog-blog dulu.. setel pelan-pelan

    Bila nak lawan futsall nie??

  2. uzairubiah says:

    sekarang ni agak sibuk cket..nanti bile dah senang..aku roger ko Zool..

Kongsi Respon Anda

Baritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan...
dan oh, kalau nak ada gambar dalam koment, dapatkan gravatar!