AirAsia X Dan In-Flight Entertainment

October 29, 2008 by uzair  
Filed under Featured, Review

AirAsia X, yang telah lama bertapak di Malaysia sebagai pengangkutan udara paling murah dan telah banyak merangkul anugerah atas khidmat dan servisnya yang baik, kini menapak setakuk lagi dengan memperkenalkan “In-Flight Entertainment” untuk kapal terbang Airbus baru mereka yang akan diperkenalkan pada 2 Novermber 2008 untuk penerbangan ke Perth tidak lama lagi.

Seperti yang kita tahu, servis ini biasanya ada hanya pada pernerbangan yang khusus dan eksklusif tetapi langkah AirAsia X untuk menggunakan perkhidmatan ini pada operasi penerbangan murah mereka, sangatlah dialu-alukan.

Dikhabarkan, ia akan mengandungi pelbagai pilihan muzik dan video yang akan diintregasikan. Selain itu, kemudahan untuk memesan makanan dan minuman pada bila-bila masa yang dikehendaki, adalah satu peningkatan yang baik daripada stail konvensional yang perlu menunggu attendan untuk datang mengambil pesanan. Selain itu, ianya juga akan dilengkapi dengan dengan pelbagai games yang menarik untuk membantu anda menghilangkan rasa bosan akibat dari perjalanan yang jauh.

Antara yang menarik lagi adalah perkhidmatan Instant Messenger(IM) yang membolehkan anda bercit-cat dengan penumpang-penumpang yang lain. Ianya berkonsep IM di dalam kapal terbang. Alangkah baik sekiranya kemudahan ini juga dapat diluaskan tidak hanya terhad untuk interaksi di dalam penerbangan sahaja.

Selain itu, anda juga boleh membeli video atau muzik pilihan anda dan terus sahaja memuat turun kedalam storan bergerak yang anda bawa kerana adanya slot Universal Serial Bus(USB) yang disediakan. Secara tidak langsung, bagi penggemar Ipod, ianya suatu yang memberi kelebihan kerana selain dapat mendengar, membeli dan memuat turun, ianya dapat berfungsi untuk mengecas semula alat eletronik anda tersebut.

Kesimpulannya, langkah AirAsia X untuk memperkenalkan perkhidmatan ini pada penerbangan tambang murahnya, merupakan satu  lagi langkah yang bijak bagi mereka untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai penerbangan tambang murah no. 1 di dunia dan menarik lebih ramai pelanggan dan pelabur akan mereka dapat meluaskan lagi jarak penerbangan mereka pada masa akan datang. Tony, can you give me a free flight after this?

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Kongsi Respon Anda

Baritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan...
dan oh, kalau nak ada gambar dalam koment, dapatkan gravatar!