6 Blog Malaysia Yang Aku Baca Setiap Hari
Aku mengambil peluang tiada kerja yang remeh hari ini dengan membuat satu post tentang “6 Blog oleh Blogger Malaysia” yang aku selalu baca,singgah dan komen. Pertama sekali, ini bukanlah entry yang merepek dan setiap blog yang aku pilih, ada sebab-sebab tertentu untuk aku baca dan meluangkan masa untuk komen. Tanpa membuang masa, aku terukan sahaja entry ini dengan pilhan aku tersebut.
Blog dari saudara Mohd Ismail ini memang menjadi satu sebab untuk aku buka komputer setiap hari.Bukan sebab dia adalah seorang lelaki hot malah jauh dari seksi, tetapi kerana setiap post beliau lahir dari diri sendiri dan setiap post bukanlah post yang merepek apatah lagi merepek. Aku sangat suka dengan gaya bahasa yang digunakan serta jenaka kejam yang selalu terbit dari setiap post tersebut. Apa-apapun, diharap kesibukan masanya sekarang tidak akan membantutkan beliau untuk membuat post yang lebih menarik lagi.
Sebelum tu, aku nak bagitau.Aku bukan suka baca blog dia sebab dia hot babes or apa sahaja yang kamu semua fikirkan, tetapi aku suka baca blog dia pasal dia suka merepek dan merapu-rapu. Dengan ayat bersahaja dan tidak berselindung. Seorang teenagers yang pandai design,melukis dan juga flirting with hot guys? Am i right? Walau apa-pun, setiap post dia memang ada sebab untuk buat aku membacanya.
3) Noktahhitam.com
Noktahhitam, aku memang suka baca rant dia. Enough.Selain itu, kebanyakan postnya memang banyak menceritakan tentang betap rebelnya beliau mengenai isu-isu penting di dalam negara.
Saudara Zool merupakan rakan satu tempat kerja di Jabatan Ketua Menteri Melaka,tetapi berlainan unit.Aku suka baca blog beliau sebab beliau rajin mengupdate blog dia.Kebanyakan cerita-cerita di dalam blog beliau juga amat bermanfaat jika hendak dibandingkan dengan blog aku ini. Harap kau terus menulis Zool.
5)Amanz.my
Blog saudara amanz ini juga menjadi satu tempat yang menarik untuk aku mengetahui informasi-informasi terkini tentang apa yang berlaku di internet, selain daripada membaca blog gigantic dari luar seperti Techcrunch, Valleywag, Silicon Alley Insider dan banyak lagi. Postnya selalu dapat mengikut perkembangan semasa dan ini adalah tempat dan blog yang paling aku suka baca sebab aku memang gila dengan teknologi dan internet serta komputer.
Ha..ni blog yang paling aku suka baca. Memang ada sahaja cerita menarik dari beliau. Apa yang best, adalah sifat sarkastik dia yang samapi buat aku ketawa tidak henti-henti, selain daripada gambar-gambar dia yang diedit memang kelakar habis. Pernah juga dilanda kontroversi tetapi ia tidak menampakkan kesan dan untuk makluman, beliau merupakan blogger paling popular di Malaysia bagi aku, selain daripada Tun Dr. Mahathir sendiri dengan blognya di Chedet.com. Walaupun sarkastik, tetapi dia juga mampu membuat post yang tidak disangka-sangka akan membuatkan anda mengalir air mata.Begitulah hebatnya penulisan beliau. Keraplah mengunjung di blog beliau untuk sarapan berita anda di pagi hari.
Sebelum itu, terimalah video nyanyian aku yang telah pun aku upload ke youtube dan telahpun menerima beberapa ulasan negatif dari pengunjung disana.Aku tidak bertanggungjawab sekiranya kamu hilang deria pendengaran kamu nanti.
Sebenarnya, ada banyak lagi blog yang aku baca tetapi ini adalah pilihan aku untuk blog di Malaysia yang memang aku suka baca dan tertunggu-tunggu post diorang. Apap-apapun, masing-masing ada pilihan dan aku memilih mereka disebabkan oleh karya dan ketegasan mereka melontarkan sesuatu idea dan berita.Selain jenaka-jenaka melampau dan lucah, aku tidak ada benda lain untuk diperkatakan.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!




eh kat dalam 1st para tulis “Aku mengambil peluang tiada kerja yang remeh hari ini dengan membuat satu post tentang “10 Blog oleh Blogger Malaysia” yang aku selalu baca,singgah dan komen.”
tapi kenapa ada 6 adjer ek ? hehe
Yang lagi 4 untuk pengomen terawal ha.ha.ha
memang semua blog hebat2..
theme nie sangat cantik.. berikan padaku.. haha…
Menteil: Download sahaja di sini : http://chris.pirillo.com/social-me/
Blog aku pun ko suka baca,,.. He he he..
Tq lah sebab jadi antara top 6 blog..
Bila agaknya nak lawan futsall??
tu dia letak aku no.1.. maknanya aku lg hot dr Aisyah Rozi.. ha ha..
thanks Uzai.. insyaAllah kekerapan aku menulis blog xkan berkurang..
*terharu di tengah malam*
haha..aku nyer atas kenny sia, kira aku lagi ensem dari kenny sia..hoho
Zool : bile-bile je pun boleh..ada beran ka?ha..ha..
MohdIsmail: Haha..ko memang lagi hot..tapi sayang aku suka perempuan..
aman: yap..amanz..ko memang lagi ensem dari Kennysia..
tolong pertimbangkan untuk baca blog aku
Ok…Kita..aku pertimbangkan..
u suka mohdismail sebab dia tak merepek. u suka my blog sbb i suka merepek?? -____-
haha. i terharu la. terima kasih. i sorang je perempuan dalam senarai ni. tahniah buat anda. ;p
ps, cis, u rasa mohdismail lagi hot? dem yu.
a’ah..haha..Bukan senang nak masuk list..u differentiate urself from other female bloggers,and that’s unique. u tak tengok ke Gravatar dia?kan hot tuh..haha..xdelah..blog dia memang best..pasal post dia pasti ada tune yg berlainan.
wait, u kata I pandai flirt dgn hot guys? sejak bilaaa? -__- I wish I could, tho. hahaha.
Ha..ha..bukan u memang pandai flirt ker?tenogk kat post u banyak kali..haha
You know what..I read your blog everyday! Though sometimes you don’t update every single day..Blank huh..
I think you told me a few months back why you read Aisyah’s blog..And it’s not why she merepek or merapu..Hihi
Anyway..Nice list bro..
Ok..sori beb…blog ko memang ada dalam top 10..tapi aku xlarat..tu buat top 6 jer..