Pensil-Filem Menarik Untuk Ditonton

September 24, 2008 by uzair  
Filed under Sesaje

Aku merupakan hantu DVD dan tidak kisah samada cerita melayu atau antarabangsa. Tetapi, selalunya, aku banyak memilih cerita antarabangsa, kerana kepelbagaian ceritanya dan tidak hanya terikat pada satu-satu genre seperti yang ada di negara kita.

Actually, aku mula-mula tak perasan sangat filem nih, tapi masa aku tengah dok belek-belek cari cerita filem-filem P. Ramlee, aku terpandang satu DVD yang simple sangat tajuk dia. Pensil. Langsung aku tumpukan perhatian aku kat muka depan dia. Laju je tangan aku respon, terus ambik dan tengok sinopsis.

Daripada sinopsis tu, aku baca, filem ni macam biasa-biasa je. Hati aku mula tawar balik. Tapi, memandangkan aku dah lama tak tengok filem tempatan kita, dan budget pulak ada lebih lagi, so aku rembat jugak cerita pensil tu.

Balik, aku terus bukak, dengan boxer cili cabuk aku tu, sambil menghirup nescafe panas dan sedas rokok Dunhill 14, aku mula menyesuaikan mood supaya aku dapat menghayati filem ni. Ternyata ianya menjadi. Cerita hanya baru 15 minit, aku sudah sebak dan air mata aku bergenang. Rasa macam hilang sikit macho, tapi WTF!. Bagi aku, aku tetap juga lelaki walaupun aku sebak. Sebab aku ada unsur kemanusiaan.

Ceritanya, berkisarkan tentang liku-liku kehidupan seorang pemuda cacat bernama Badrul, akibat diserang demam panas semasa berumur 8 tahun. Yang aku kagum tentang cerita ini, adalah tentang bagaimana ia mampu membuatkan kita berfikir dan bermuhasabah diri

Aku banyak mendapat pengajaran dan penginsafan dan juga penyedaran dengan cerita ini, yang bagi aku, amat menarik untuk ditonton kerana ianya dekat dengan alam realiti dan kisahnya masih releven dengan gaya hidup dan keadaan masyarakat kita sekarang. 4 1/2 bintang aku berikan untuk cerita ini dari 5 bintang. Filem wajib tonton untuk kesedaran.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Comments

4 Responses to “Pensil-Filem Menarik Untuk Ditonton”
  1. shaxx says:

    boleh gak cari nih!

  2. mba says:

    cerite nih ader online tk??nk beli tak jumper..klu cerite nih ader dkt mne2 website blh tlg bg tak??thanx!

  3. uzair says:

    tak tahulah pulak kalau ada kat online ke tidak..Ko usha kat speedy video kat mana2 pasaraya.Mesti ada.

  4. Fadillah says:

    Saya dah tgk cerita pensil ni. mmg very touching. siap berenti separuh pastu baru sambung sampai habis sbb sedih sgt. bengkak mata dibtnya. pendek kata, mmg sarat dengan pengajaran. pujian untuk watak utama dan mak mah yang mmg sangat berkesan lakonannya….so guys…tgk la. rugi tak tgk.

Kongsi Respon Anda

Baritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan...
dan oh, kalau nak ada gambar dalam koment, dapatkan gravatar!