Jangan Lupa Zakat Fitrah Anda

September 25, 2008 by uzair  
Filed under Sesaje

Dalam diam tak diam, hanya tinggal lagi 5 hari untuk kita berpuasa. Setelah bermacam dugaan ditempuh dengan penuh sabar dan tawaduk, akhirnya kita akan menyambut bulan Syawal yang mulia. Hari kemenangan bagi semua umat islam di seluruh dunia.

Aku baru selesai membayar Zakat fitrah aku tadi. Cadangnya, aku ingin membayar esok, tapi, lepas aku beli minyak wangi di Jusco tadi, nampak kaunter pembayaran zakat. Alang-alang, aku terus sahaja bayar disitu. Dulu, ayah aku yang bayarkan. Tapi, sejak dah kerja sendiri dan berdikari jauh dari ibu-bapa, aku perlu membayar sendiri setiap tahun. Tiada gunanya amalan dan kebaikan di bulan puasa ini jika kita tidak membayar zakat fitrah kita.

Jangan ingat shopping sahaja.Beli sampai habis beribu ringgit, tetapi zakat fitrah yang cuma di bawah RM 10 kita tak boleh nak bayar.Aku ingin menunggu hari esok untuk membeli belah kerana dengar khabar tentang pasaraya besar di Melaka akan ada diskaun sehingga 70%. Title diskaun itu tidak bermakna aku akan membeli banyak, tetapi membeli hanya yang perlu sahaja.

Esok sahaja untuk sari berita penting.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Comments

2 Responses to “Jangan Lupa Zakat Fitrah Anda”
  1. zool says:

    Aku tak membeli belah tahun ni…
    Grill rumah aku memerlukan duit bonus tu………
    Sambil binatang peliharaan aku yang perlu dibelai dengan makanan yang enak2…

  2. catzer says:

    aku bayar hari sabtu lps..lega…lps tanggungjawap thn ni

Kongsi Respon Anda

Baritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan...
dan oh, kalau nak ada gambar dalam koment, dapatkan gravatar!