Kenali Kelebihan Diri
- 3
- Add a Comment
Sejak kebelakangan ini, memang aku agak sibuk dengan pelbagai urusan yang menyesakkan kepala dan meletihkan badan, terutama dengan membuat pelbagai kerja pada satu masa. Bukan mudah juga untuk menguruskan kehidupan seharian dan keluarga, serta menyelesaikan tanggungjawab terhadap kerja, dan perniagaan yang diuruskan.
Namun kesemua ini hanya berpusat pada satu rumusan, “All We Need Is Passion”. Keinginan dan minat yang kuat, akan mendorong seseorang itu ke arah satu tahap yang lebih baik jika dibimbing dan melalui jalan yang betul. Aku menerapkan elemen ini sebaik mungkin dalam kerja, mahupun kehidupan.
Tekanan dan masalah, sebenarnya membuatkan kita menjadi lebih cekal dan bertambah baik, sekiranya kita mengambil langkah positif dalam melalui hari-hari yang sukar tersebut. Bagi sesetengah orang, bekerja di bawah tekanan yang kuat dapat membuatkan diri mereka menjadi lebih baik dari sebelumnya dan dapat mengetahui kemampuan diri tentang sejauh mana keupayaan diri masing-masing.
Dan aku tergolong dalam golongan manusia itu. Bekerja di bawah tekanan, membuatkan aku mengenalpasti kemampuan diri, menambah keyakinan serta membuatkan aku menjadi seseorang yang tidak takut untuk mengambil risiko. Walhal, ini ialah kelemahan aku dari dulu lagi pada masa persekolahan. Hanya satu kelebihan yang aku pasti, aku mampu bekerja di bawah tekanan dan mampu menyelesaikan tugas-tugas penting, lebih-lebih lagi, sekiranya ianya berkenaan dengan minat aku.
Dan dengan satu kelebihan inilah, ia akhirnya menutup segala kelemahan aku sejak sekian lama dan sudah pasti aku bersyukur kerana Allah itu maha adil. Setiap orang mampu menjadi seseorang sekiranya dia berjaya mengenal kemampuan diri dan berjaya membawa kelebihannya itu.
Jadi rakan-rakan sekalian, jangan jadikan kelemahan diri itu menutup segala kelebihan anda yang belum dikenalpasti. Kenali diri anda dan cari dimanakah kelebihan anda tersebut dan gunakanlah ia sebaik-baiknya. Pasti anda juga boleh berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!




3 Comments
megat
August 8th, 2008
at 3:22pm
setuju. selalunya fikiran yang tak sihat mengerakkan tubuh badan kita menjadi lemah!
sentiasa berfikiran positif. ironinya masing-masing perlu cari jalan untuk menjadi demikian.
zool
August 9th, 2008
at 3:07am
Kelemahan itu ada dalam minda kita..
Kita kena cairkan ia..
Dan kukuhkan jati diri..
Caiyoklah lu..
uzairubiah
August 9th, 2008
at 1:27pm
haha..set your mind and your body will follow..