Fast Update Tentang Aku

Aku hari ini baru sahaja pulang dari kuala kangsar disebabkan oleh sibuk menguruskan pengebumian bapa saudara aku yang pulang ke rahmattullah pada petang 30 Ogos 2008. Agak sedih juga kerana kami sekeluarga baru sahaja berjanji untuk pulang ke kampung pada hari Raya ini, namun Allah lebih menyayangi beliau. Diharapkan agar rohnya dicucuri rahmat.

Selain itu, aku juga agak sibuk sekarang ni, kerana menyelesaikan banyak kerja yang tertunggak kerana cuti namun akan diselesaikan satu persatu. Agak lama juga aku tidak pulang ke Kuala Kangsar, kira-kira dalam 8 tahun jugak. Akibatnya, banyak benda yang berlaku yang aku tidak tahu. Apa-pun, selepas ini, aku akan cuba untuk pulang ke kampung setiap tahun sekiranya ada kelapangan.

Yang pastinya, projek kedai majalah aku juga sedang berjalan lancar dengan “positive” nya. Ada sedikit kelemahan teknikal yang aku perasan pada blog aku. Aku tidak boleh membalas komen dan juga tidak boleh klik pada single page. Ini akan membuatkan page error 404 keluar mempanaskan mata aku. Ada sesiapa yang tahu, aku ingin meminta bantuan kalian.

Pada 15 Ogos hingga 25 Ogos ini, aku akan ke Kursus Induksi untuk penjawat awam dan sebelum itu, pada 13 Ogos, aku perlu mengambil peperiksaan. Pada 28 Ogos pula, aku yang menjadi pengawas peperiksaan.He..he..

Aku masih lagi tidak berpeluang untuk menonton Filem Mummy yang baru kuar hari tu. Maybe pada hari rabu ini, aku cuba meluangkan masa sekejap. Tengok dari trailer, agak menarik. Aku memang gemarkan filem-filem aksi sebegini. Citarasa muzik pula telah kembali berubah ke Silverchair. Antara band kegemaran aku sejak dari sekolah lagi dan bertambah menarik semenjak Album “Diorama” mereka keluar pada hujung tahun 2001. Namun, album baru mereka kali ini, agak kurang kompleksnya, tetapi masih segar dengan “pop” neo-klasikal mereka. Respect!

Chiow..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Leave a Comment