Esok Aku Ada Perlawanan Futsal

Buat kawan-kawan yang berada di sekitar Melaka atau lebih spesifik, Batu Berendam dan Ayer Keroh, bolehlah menonton perlawanan futsal kami di Sport Planet, Batu Berendam, pada pukul 9 malam esok. Perlawanan melibatkan pasukan aku, UPEN( Unit Perancang Ekonomi Negeri) dan pasukan dari PTG( Pejabat Tanah & Galian) Melaka Tengah.

Perlawanan berasaskan kalah bayar. Terkejut jugak aku memandangkan ini perlawanan pertama di antara kami dan mereka telah menjemput kami untuk friendly ini. Di beritahu oleh “insider” kami, mereka bermain dengan emosi dan pastinya, agak sukar untuk bertoleransi dengan sukan yang banyak melibatkan sentuhan seperti ini. Namun, ianya kami ketepikan di atas sikap professional kami dan sekiranya mereka melibatkan emosi dalam perlawanan esok, ianya di atas kelemahan mereka sendiri.

Sebenarnya, pasukan ini diasaskan melalui Team Respect, team sebelum ini dan Team UPEN ini adalah pasukan kedua kami dan baru diasaskan 3 hari yang lalu manakala Team PTG Melaka Tengah sudahpun terkenal.Apa-apa pun, perlawanan esok agak penting bagi kami untuk menilai kedudukan sebenar Team UPEN samada mampu mencabar jabatan kerajaan lain di Melaka.

Bagi saudara Zool, datanglah ke Bukit Berendam malam esok sekiranya kau ada kelapangan. Aku bukanlah star. Kaki bangku yang baru nak belajar menyepak bola. Jadi, keputusan perlawanan esok mungkin sudah aku jangkakan. Ha..ha.. Doakan kejayaan kami agar tidak dibelasah dengan teruk oleh mereka.

Update: Nampaknya perlawanan tersebut batal kerana Team PTG telah menarik diri kerana takut dibelasah teruk..apa daa…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

4 Comments

semoga berjaya . hehe :)

Ya..gua harap tak kena belasah teruk..he..he..

Wah siap dah ada team ek UPEN.. Caiyoklah..

Oo malam ni tak dapat nak tgk.. Mungkin layan badminton… Dah lama tak sepak bola woo,,

baru je tubuh team..tengoklah kena belasah ke tidak malam nanti..hehe..sesekali main bola pulak la Zool..

Leave a Comment