Positive

Agak lama juga aku tidak menulis disini. Namun, itu tidak beerti bahawa aku senyap tanpa membuat apa-apa. Disebabkan adanya projek, maka aku akhirnya tewas dalam tuntutan masa dan melupakan blog buat seketika.

Projek yang aku jalankan ini, merupakan diantara yang teradpat di dalam post wishlist aku. Jadi, salah satu dari impian itu akan terlaksana untuk tahun ini. Mendaftarkan perniagaan, membuat pengubahsuaian dan bermacam-macam lagi akhirnya membuatkan aku kepenatan. Namun, aku mensasarkan yang terbaik.

Jika kau lihat logo di atas, ianya adalah berkenaan dengan projek yang sedang aku jalankan ini. Berada di dalam 90% siap, jadi aku biarkan kau semua berteka-teki tentang apakah projek aku ini. Logo ini mengambil masa sebanyak 15 minit untuk dihasilkan oleh tangan amatur seperti aku.

Setelah lama meninggalkan internet dan affiliates seketika, sehinggakan kerugian RM 1,500 kerana tidak memonitor keywords PPC aku, agak banyak juga aku ketinggalan. Namun, selepas ini, aku akan cuba mengejar semula berita-berita yang telah lama aku tinggalkan. Chow.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

2 Comments

rugi rm1500 ? perghhhhhh byk tuh! hehe :)

projek positive..Erm byk maksud ni..mari nantikan projek tu siap..Masyuk

Leave a Comment