Epilog-Pencarian
Ikutkan rasa, tidak ada satu buah fikiran atau pun satira yang ingin aku nukilkan disini. Namun, kerana ikutkan hati, jari ini bergerak dengan sendiri ke atas papan kekunci. Dan sebab ikut akal, aku mula menaip sesuatu. Rasa seperti diri ini dibelenggu semacam keresahan, setiap saat, ia semakin menggugat pemikiran normal untuk menjadi sebaliknya.
Perasaan ini, sering datang berulang, menerjah segala isi pelusuk hati dan merobek kesuciaan yang murni pada malam-malam hari. Aku tidak mahu bercerita tentang perasaan, tetapi perasaan itulah yang membuatkan aku manusia, seorang yang sering alpa dengan suruhan tuhan namun bingkas pula bangun dari tidurnya, jika di berikan hidayah dan rahmat.
” Indahnya jikalau setiap pilihan yang salah, kita boleh ubah”.
” Aku seorang yang perahsia dan sebab itu aku menulis lagu”
Sakit rasanya hati, bila mengejar seseorang yang kita cintai dan sayang, yang telahpun di “usya” oleh orang lain. Aku mempunyai prinsip hidup agar tidak menggangu perhubungan yang sudah termeterai walaupun belum bernoktah. Adakah aku pengecut? Takutkah aku sekiranya aku berkorban kebahagiaanku, untuk melihat si dia gembira?
Apa yang aku pasti, sekiranya kita telah pun ditakdirkan, jika bukan sekarang, mungkin esok hari. Ramai yang bertanyakan soalan kepadaku, bagaimana aku boleh setia menyintai dan menyayangi hanya seorang perempuan dalam hidup aku?
Jawapan aku: “Sebab amat mudah bagi kita membenci seseorang, tetapi bukan mudah untuk menyayangi, apatah lagi melupakan.”
Setiap perhubungan, bagiku, perlu bermula dengan keikhlasan. Ianya ibarat telur ayam. Semakin kuat kita genggam, semakin mudah ia pecah. Aku bukan pemikir agung. Aku hanyalah seorang manusia, yang tidak pernah putus asa dengan kegagalan dan segala macam rintangan hidup. Bagiku, sabar adalah tiang pendirian, usaha adalah tangga kejayaan, dan tawakal adalah tanda keutuhan iman.
Kalau dulu aku mengejar rupa, tapi sekarang aku mengejar hati. Kalau dulu aku mengejar wang, sekarang aku mengejar kebahagiaan. Kalau dulu aku merebut cinta, sekarang aku mengejar sayang. Hanya 1 saat diperlukan untuk aku jatuh cinta, tapi ianya memerlukan seluruh hidup untuk menyayangi seseorang.
Ini bukan repekan, dan juga bukanlah novel picisan. Ini adalah diari hati, diari seorang lelaki.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






wow..hebat sugguh bahasamu..
“Sebab amat mudah bagi kita membenci seseorang, tetapi bukan mudah untuk menyayangi, apatah lagi melupakan.”
aku setuju sgt2..
mm..cte psl prasaan ea.. dpt ilham dari cte sepi ke?..huhu.ok la 2, skuang2nya brani nak cte psl prasaan..
mm, saba je .. klu dia d’takdirkn tuk kte, satu hari nnt dia ttp milik kte.. juz x tau ble je… tp klu dia bkn jodo kte, kte b’korban masa, jiwa & raga pn, dia ttp bkn jodo kte…
Adah:xdelah..xde kena mengena dengan citer sepi pun.semua datang sendiri secara spontan.Ya, percaya pada ketentuan tuhan.Dia- lebih mengetahui segalanya.