StereoMu, MonoKu
Dah dua hari, aku menjalani hidup dengan keadaan yang tidak begitu selesa. Even sehingga sekarang, telinga sebelah kananku ini masih lagi belum pulih. Actually, ianya telah tersumbat. Dan aku hanya dapat mendengar sebelah telinga sahaja. Pergh, memang tension tapi apa nak buat.
Sudah bermacam-macam cara telah aku gunakan untuk memulihkan kembali pendengaranku ini, tetapi masih kurang berhasil. Aku sudah plan jika masih lagi tidak pulih, pagi Isnin aku akan berkejar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Dan sudah pasti aku akan ke hospital Pantai di Melaka. Mengapa ye? Bukan sebab aku dah banyak sangat duit, tetapi sebab Hospital Melaka servisnya sangat menyakitkan hati. Jika kau seorang yang sangat sibuk, Hospital Melaka bukanlah tempat yang ideal untuk kau buat pemeriksaan. Aku pasti, dari 10 orang, sepuluh-sepuluh orang tersebut akan bersetuju dengan pendapat aku yang Hospital Melaka adalah hospital yang paling lembab dan paling teruk servisnya berbanding hospital yang lain-lain.
Aku pernah pergi ke Hospital Besar Seremban, Hospital Alor Gajah, Hospital Sultanah Aminah, HUKM, dan banyak lagi hospital dan Hospital Melaka memang hospital yang terlalu teruk bagi aku. Jadi, Hospital Pantai adalah opsyen yang terbaik walaupun aku terpaksa “menerbangkan” beberapa ratus ringgit untuk rawatan telinga ini sahaja. Tidak mengapa, kalau sanggup beli Honda Civic Type-R, takkan check telinga pun kemut ye tak?
Buat masa ini, aku dalam mood yang tension dan mudah menjadi “orang hijau” kerana ketidakselesaan telinga. Jadi, aku mengambil peluang untuk mengembalikan keceriaan dengan ber”blogging” dan bermain Need For Speed Pro Street. Baik aku layan drift dari layan “amarah” aku nih. Sambil itu, layan saja gadis mungil di atas.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!




Ko pergi kpj seremban tempat aku kerja,ko bikin appointment sebab Dr ENT kat tempat aku bukanler bz sangat.Tapi la bayar nye cam “fun tart” jugak la..
thanks 4 recommendation..Aku try sini lu.Kalau xleh aku g KPJ..Botak..kau dah kat Melaka lum?
Aiyok.. Sungguh pandai ko mengeksploitasi
Zool: haha..sajer sejukkan mata..
aku belom g melaka lagi.7 Julai nih aku masuk.Aku pegi IKBN melaka,kat ramuan besar ler..ko kat bandor,jauh tuh..pepehal nanti aku amek no phone ko kat apek
wokeh..
Aku dulu pernah kena sakit telinga gak..erk kurang pendengaran, doktor tu kasi ubat korek tahi telinga..rupanya aku ni ada gen jenis tahi telinga keras..erk..apa ni catz, ckp pasal tahi2..muhahahha..but skang dah ok..ubat tu still aku simpan utk kucing aku. :p
hoh..ada yer..aku aku hari tuh g hospital pantai..diam masuk air..jap je da kuar balik..hahaha