Kualiti Vs Kuantiti, Mana Yang Lebih Baik?

June 18, 2008 by uzair  
Filed under Tips Dan Trick

Tajuk post hari ini, aku rasa ramai yang dah boleh agak. Ya, aku ingin bercerita tentang kualiti sesebuah post dan menerangkan serba sedikit, mengikut pengalaman aku tentang apa yang mampu kau peroleh dengan mempunyai content yang berkualiti.

Setiap kali sekiranya aku ingin post sesuatu, aku akan menganggap diri aku berada di atas sebuah stage yang amat besar. Aku akan cuba mengaplikasikan diri aku sedang berada di atas pentas konsert, di hadapan orang yang sangat ramai dan pastinya mereka akan tertunggu-tunggu tentang apa yang ingin aku persembahkan.

Dalam mindset, sekiranya aku mempersembahkan nyanyian yang teruk dan sumbang, pastinya ia akan menjadi konsert aku yang terakhir. Jadi, aku perlu bagi 100 % diri aku, untuk peminat-peminat di bawah sana, yang mengharapkan aku mempersembahkan yang terbaik untuk diorang. Jadi, apa yang perlu aku buat, adalah, aku perlu mempersembahkan persembahan yang berkualiti.

Kesimpulannya di sini, setiap kali sekiranya kita ingin membuat sesuatu post yang akan mendapat perhargaan dan kesan jangka panjang yang lama, kualiti sesuatu cerita perlu diutamakan terlebih dahulu. Bagi aku, walau berapa banyak post yang aku buat, sekiranya ia tidak berkualiti, memang tidak akan ada seorang pun yang akan ingat akan post tersebut. Tetapi, jika kita ada satu post yang sangat berkualiti, aku pasti orang ramai akan tetap juga menjengah ke blog aku ini dan ternanti-nantikan post aku yang terbaru.

Jadi, penekanan yang aku ingin berikan disini adalah, kualiti sesuatu post itu, adalah lebih baik daripada kuantiti. Dan yang penting adalah, ianya memberi sesuatu yang boleh diaplikasikan dan mudah untuk diserap oleh minda pembaca anda semua.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Comments

5 Responses to “Kualiti Vs Kuantiti, Mana Yang Lebih Baik?”
  1. menteil says:

    wa… bestnyer ilusi tu..
    nak try gak la..

    tapi memang pon..
    kualiti patut diutamakan…
    jangan terlalu mengejar post..

    tapi..
    aku punyer post pon bkn ada kualiti.. ades..

  2. uzairubiah says:

    aku dah try..memang best..tapi agak tertekan sket..tapi bila dah biasa..jadi syok pulak..

  3. megat says:

    setuju! tp kekadang mmg ia agak menekankan sehingga aku terfikir balik tujuan aku menulis. mungkin kerana aku mula menulis kerana lukajiwa.

    tp aku mulai seronok menulis apabila tulisan aku dihargai. semakin hari aku cuba lakukan yang terbaik.

  4. zool says:

    Kualiti memang penting bro..
    Tapi aku akui blog-blogz aku memang banyak kuantiti..
    Masing2 punya cara lah ek…

  5. uzairubiah says:

    zool:yes..masing2 punyer cara..haha

Kongsi Respon Anda

Baritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan...
dan oh, kalau nak ada gambar dalam koment, dapatkan gravatar!