Hala Tuju Dan Case Blog

June 16, 2008 by uzair  
Filed under Personal

Setelah memikirkan beberapa perkara penting dan apa yang perlu dibuat untuk blog ini, aku telah menetapkan hala tuju dan beberapa objektif jangka pendek dan jangka panjang dan juga beberapa “improvisation” yang perlu di beberapa part kritikal seperti gaya bahasa, mutu artikel dan kualiti sesuatu post atau entry di dalam blog ini.

Dan aku juga telah menetapkan bahawa blog ini akan menjadi case study aku dalam menghasilkan advertising revenue dalam erti kata, bahawa aku akan post setiap awal bulan tentang pendapatan yang diperoleh dari blog ini, ya, blog ini sahaja, serta traffic details dan analisis setiap downs and ups yang berlaku untuk blog ini.

Tujuan aku menjadikan hala tuju blog ini berlainan adalah kerana aku amat memandang jauh tentang keterbukaan dan perkongsian maklumat, serta mewujudkan sesuatu yang berbeza dari blog-blog dari blogger Malaysia yang lain dan aku amat berharap agar blog ini akan memberi manfaat kepada setiap pembaca dan penganalisis pada masa depan.

Setelah membuat beberapa pemilihan subjek dan kategori, aku telah menetapkan bahawa 60 % adalah tips dan tricks, 20 %  how-to, 15 %  isu semasa dan pandangan peribadi 10 % pendapatan dan blog details, 3 % adalah cerita peribadi dan 2 % untuk idea dan brainstorming.

Dan dengan itu, aku juga mengharapkan sokongan dari anda semua serta input dan komentar. Kritikan amat penting dan aku lebih suka kritikan dari pujian kerana kritikan menjadikan aku lebih tabah dan lebih menganalisis dalam setiap perkara. Sila berikan pendapat dan apa jua komen anda untuk entry ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Comments

3 Responses to “Hala Tuju Dan Case Blog”
  1. megat says:

    selagi ia membabitkan aktiviti blog di malaysia, aku amat menyokong apa yang kau lakukan. kita perlu perbanyakkan entri berbentuk ilmiah supaya dapat mendidik dan menjadi panduan kepada masalah sosial negara kita.

    begitu juga dalam bidang-bidang tertentu jika ada kepakaran supaya dpt berkongsi dan menjadi tarikan.

    selamat menulis!

  2. catzer says:

    muhahhahaha.tp aku rasakan kalau tiba time gile ko tu ada jadi 80% personal dan “how to”..kekekeke

  3. uzairubiah says:

    ehem..biasalah Catzer..hahaha

Kongsi Respon Anda

Baritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan...
dan oh, kalau nak ada gambar dalam koment, dapatkan gravatar!