Sesekali Pakai Tudung, Apa Salahnya
June 21, 2008 by uzair
Filed under Macam-Macam
Hari ni nak citer aper? Buat duit? Malas ah.Beli jer buku Labanon ni. Confirm leh kaya..hahaha..Tu pun kalau ko rajin la kan. Takpun kalau ko nak buat rekod menghilangkan duit kau dalam sekelip mata dan mendapat pingat dari Guinness World Record untuk hilang duit paling cepat, aku suggest ko join ” Empayar Pn. Nora dan konco-konco” speedo nih.
Petang semalam, mak aku kol kata ada peluang business baru. Dengar cerita dapat harga murah untuk tudung. Aku pun tanpa segan silu, start enjin kete, duk sebelah pemandu. Mesti tertanya-tanya sape yang bawak.Of course la my permaisuri. Apa punya husband. Sori sayang. Abang letih arr tengok bola semalam. Pastu main “bola” lagi. Sayang pun letih, tapi sayang tidur awal betul tak..Opss..okay. Sudah.
Sampai je kat rumah mak, terus dia hambat aku pegi tempat pemborong tu. Fuh. Cantik-cantik jugak. Macam tak percaya jugak aku. Lepas discuss and aku pun macam biasalah, berbekalkan ” ilmu perakaunan” aku yang memang selalu di uji dan masih belum berkarat, aku pun buat calculation dan forecast apa yang patut. Dalam masa 4 jam, aku buat keputusan.Okay. We shake our hands. Now, aku recruit affiliate offline aku. Dari malam semalam, aku buat panggilan kat semua kawan-kawan dan sedara-mara aku.
Semuanya memberikan bantuan dan tersenyum kerana komisen yang aku berikan juga bukan calang-calang sikit. Menjual sesuatu product pada profit margin hampir 83 %, adalah sesuatu yang menarik. Aku mengeluarkan sebanyak RM 5,000 untuk permulaan dan pada tengahari ini sahaja, aku sudah mula mendapat hampir RM 2,100. Wow, cepat bukan. Well, aku target jualan tudung tersebut akan habis dalam masa 4 minggu. So, masih ada masa.
Apa sebenarnya yang aku belajar dari sini? Inilah yang aku nak kongsikan pada korang. Harga tudung tersebut aku dapat pada harga RM 24. Dan aku sudahpun mengenalpasti pasaran tentang jenis tudung tersebut dan harganya adalah dalam lingkungan RM 55 ke-atas. Aku menetapkan keuntungan sebanyak RM 16 sahaja untuk sebuah. Jadi, harga aku ialah RM 40. Dan terpulang pada “affiliate-affiliate offline” aku untuk menetukan harga jualan mereka. Pada aku, mereka masih mampu membuat keuntungan dalam RM 10 ke RM 15 sehelai. Jadi, ia juga agak besar dan menarik, tanpa mengeluarkan apa-apa kos. So, secara tidak lansung itu membuatkan mereka bekerja keras.
1) Mengambil Peluang
- Aku tidak tahu menahu tentang peluang ini dan aku bersyukur mak aku dapat link ke pemborong ini. Dengan harga yang boleh tahan(kalau beli banyak), dan berkualiti, aku tidak menoleh kebelakang. Peluang tidak selalu hadir, dan ia juga hadir tanpa kita sedar, yang penting, bila dah dapat peluang, jangan lepaskan peluang dan gunakan ia sebaik-baiknya.
2) Rekrut Orang Yang Betul
- Aku bukan rekrut sebarangan orang. Semuanya kenalan-kenalan dan saudara-mara yang aku percayai dan yang banyak JV dengan aku sebelum ini. Jadi, masalah kepercayaan, agak tidak menggusarkan sangat. Lagipun, I keep well track record diorang. Dan yang penting, mereka amat pandai dalam marketing. Kebanyakannya juga adalah pakar jualan langsung. Jadi, mulut mereka adalah senjata yang berguna. Dan mereka berani serta tidak segan untuk menjual. Paling penting, mereka kreatif.
Target keuntungan perniagaan “tiba-tiba” ini adalah, RM 5000, iaitu hampir seratus peratus. So, dalam sebulan, kalau boleh jana pendapatan sebanyak ini, aku mungkin akan petimbangkan untuk membawanya lebih kehadapan. Al-maklumlah, ianya lebih kepada perniagaan seasonal, jadi ia akan mencanak bila hari-hari tertentu sahaja.
Aik!! Kata tak nak buat post pasal buat duit? Alamak! Ye ker? Sori geng.haha..
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



bisnes tudung mmg laku woo..
ko try dapat tudung kt kelantan, murah tapi kualiti.
xsilap aku rm1x je, sama je ngan yg rm4x-5x kat bandar. Profit lebih 100% tu..
Err. “affiliate offline”.. ilmu bagus buat aku.. heheh
ada dengar cerita..insyaAllah, aku cuba cari kat sana pulak.Thanks Hanep..
Wargh..bagus beb..mmg dpt business line yg masyuk tu
Bagus bisnes tudung nih.. aku penah gak buat.. masa tu jual ngan staf-staf utm.. ok tu oklaa.. tapi yang tak syoknya pasal bayar dua tiga kali tu.. bukan apa susah sikit nak pulang modal..