Stacy Juara Akademi Fantasia Ke 6
Wanita adalah kompleks? Susahnya memahami wanita dan mengendalikan mood mereka. Aku bukanlah pakar dalam mengendalikan mereka yang kadang-kadang unpredictable. Tidak seperti mereka yang bergelar perempuan, lebih mudah untuk mereka memahami lelaki, dan ianya tidak benar sama-sekali.
Wanita kononya lebih mudah memahami lelaki tetapi realiti sebenarnya adalah lelaki lebih sukar difahami. Lelaki dikurniakan pelbagai sifat dan tingkahlaku bergantung pada situasi dan keadaan jika memerlukan. Dan, mereka juga dikurniakan senjata ayat dan tingkahlaku yang fake, sesuai untuk dalam keadaan yang memerlukan mereka berbuat begitu. Dan ternyata, perempuan lebih mudah terpedaya dengan lelaki sebegini.
Apakah sebenarnya kualiti yang perlu dicari oleh seorang perempuan terhadap lelaki dan bagaimana untuk tidak terpedaya dengan sebarang penipuan yang cuba dilakukan oleh mereka.
1) Rupa- Ianya tidak perlu di utamakan kerana rupa adalah subjektif. Cukuplah sekadar ia kelihatan menarik pada diri wanita itu sendiri. Cute dan kacak tidak menjamin kebahagiaan, tetapi dapat menjamin kepuasan bila dipeluk dan disenggama oleh lelaki sebegini.
2)Wang- Ianya juga tidaklah terlalu penting sekiranya si dia seorang yang rajin berusaha dan hidup ini adalah perkongsian. Maka, cukuplah sekadar si dia mampu untuk memberi anda makan dan meneruskan hidup, itu adalah lebih penting. Dan anda sebagai wanita, berdirilah di samping mereka sebagai azimat untuk mereka mencari lebih kesempurnaan dalam diri mereka.
3) Hati- Hati merupakan agak kompleks dan kebanyakan wanita agak terpedaya dengan hati yang palsu. Cinta bukan buta, tetapi hati yang buta. Ingat phrase ini bebaik. Kebanyakan wanita tidak pernah mengimpikan ingin menjadi perampas atau bercinta dengan lelaki yang telah dimiliki oleh orang lain, tetapi inilah penyakit yang banyak terjadi.
Mengapa terjadi perkara sebegini? Simple word= Melayan. Dan bila hati sudah suka, cakaplah apa sahaja yang tidak baik tentang lelaki tersebut, haram dia nak percaya dan wanita akan percaya pada kata-kata lelaki itu sahaja. So, what’s the solution? Periksa background mereka terlebih dahulu. Ada pelbagai cara untuk periksa dan disini aku cuba untuk memberi beberapa tips bagi wanita.
1) Jika dia memiliki seseorang dan dalam pada waktu yang sama cuba mengurat anda, jauhilah mereka. Sekiranya anda melayan, maka padahla anda. Ini kerana, jika mereka boleh menipu awek atau isteri mereka, tidak mustahil anda juga ditipu. Jangan kata ianya takdir atau apa sahaja, bagi lelaki, yang pertama itu tetap yang terindah dan jika anda berada pada platform yang kedua, anda hanyalah ge-girl bagi mereka.
2) Jika mereka mematikan hp atau silentkan sekiranya sedang keluar dengan anda, maknanya dia sedang cuba untuk tidak kantoi. Kalau dalam candle light dinner untuk melamar anda, perkara ini boleh dimaafkan tetapi jika ianya hanyalah untuk biasa-biasa sahaja, itu adalah penipuan yang cuba dilakukan.
3) Jika mereka menerima panggilan dan menjawab panggilan tersebut jauh daripada anda, itu bermakna ada perkara atau sesuatu yang cuba disembunyikan supaya dan anda patut berwaspada dengan orang seperti ni.
Ada banyak lagi perkara yang akan dikupaskan selepas ini dan sebelum itu, tanhiah kepada Stacy kerana menjuarai Akademi Fantasia ke-6 kali ni. You the best girl.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






i think u should change the title of this post..
huhu.. to be fair, both are complicated to understand.
uzai, terus terang, aku suka post ni.. memang berkait rapat dengan aku. cuma bezanya, aku btindak untuk mjauhkan orang dari terpedaya, kerna orang yg ingin memperdayakan adalah kawan aku.
ya..memang selalunya kawan kita yang banyak perdaya kita..sebab itulah kalau berkawan..jangan terlalu terbuka..simpan sikit untuk diri kita..
sori Saffa..I’m admit doing it to capture attention..by the way..yep..to be fair..both are complicated..but women always make easy things seems harder