Bagaimana Untuk Jadi Berjaya Dengan Blog
Okay, kali ini, mood agak best untuk menconteng sesuatu di sini, jadi aku tidak akan mensia-siakan peluang tersebut untuk berkongsi beberapa tips yang aku rasa boleh membantu di antara kita satu sama lain. Sesungguhnya, berkongsi sesuatu perkara menarik, tidak salah dan lebih membawa rezeki kepada aku. Tidak ada transparent dalam memberikan tips dan trick dan aku sudah jenak mendengar takut niche memasing terbongkar dan sebagainya, yang aku rasakan kadang-kadang, ianya hanya hoax semata-mata.
Tips kali ini adalah, bagaimana untuk mendidik diri kita supaya menjadi orang berjaya dan tidak putus asa, dan bagaimana untuk bersyukur dengan rezeki yang kita dapat serta tidak menjadikan duit merupakan tembok antara yang berjaya dan tidak berjaya.
Mungkin ada yang pernah nampak salesletter maut dari kebanyakan Internet Marketer (IM) di Malaysia ini, mahupun di seluruh dunia, yang sering menggunakan perkataan, ” Saya Buat RM 1K sebulan dan anda Tidak!“, yang bagi aku, telah serta-merta membina ruang di antara pengajar dan yang di ajar. Dan tipikal rakyat Malaysia, apabila sesuatu yang berkaitan dengan duit, otak mereka akan shutdown sebanyak 2/3 dari fungsi sebenar dan yang tinggal hanyalah 1/3 fantasi yang di bobrok dan digemparkan dalam kehidupan setiap hari.
Seperti yang kita tahu, masing-masing dikurniakan bakat dan kelebihan masing-masing, begitu juga dengan bagaimana untuk berjaya dalam bidang perniagaan internet ini. Jika kita bijak menggunakan kelebihan yang kita ada, aku pasti kamu semua akan jumpa satu profitability dalam bakat-bakat terpendam kamu semua.
Orang Yang Berjaya Adalah Orang Yang Tidak Malu Untuk Gagal
- Setiap kegagalan dalam apa tindakan yang kita buat, tidak bermakna kita gagal untuk kali yang seterusnya. Apa yang penting adalah, belajar dari setiap kegagalan tersebut dan mencari punca kepada kegagalan itu. Kemudian, baru kita usaha kembali sambil mengelakkan untuk mengulangi punca kegagalan yang sama. Orang yang berjaya amat benci dengan sikap putus asa dan malu untuk mengaku dirinya gagal. Yang penting di sini adalah, kita selami apa kelebihan kita. Sekiranya kau pandai menulis cerita erotik dan fantasi cinta remaja, lantas nukilkan sahaja cerita kamu itu dan war-warkan kepada teman-teman. Sekiranya kau berjaya mendapatkan perhatian mereka, tidak mustahil kau berjaya menjadi seorang penulis cerita cinta di blog yang berjaya.
Tapi bagaimana untuk mendapatkan keuntungan darinya? Pengiklanan. Sudah acapkali aku cuba tekankan dengan pengiklanan di blog ini. Cerita kau mampu sahaja menerbitkan wang saku sekiranya kau bijak. Dengan adanya blog cinta remaja, pengiklanan yang berkenaan dengan apa yang kau tulis itu, mampu memberikan wang. Ataupun, boleh sahaja dengan menerbitkan post-post cerita tersebut untuk dijilidkan dan di novelkan dalam bentuk e-book yang boleh kau jual berulangkali. Ciptakan satu maskot atau ilustrasi untuk cerita tersebut yang boleh kau gunakan untuk di printkan di T-shirt atau cawan sebagai cenderamata yang boleh kau jualkan kepada peminat-peminat cerita kamu. Ini adalah contoh. Lihat, dengan hanya kau dapat kenalpasti di mana kelebihan kau, itu sudah cukup untuk menerbitkan possibility bagi kamu untuk membuat duit di internet dengan hanya menggunakan blog.
Yang penting, sikap tidak mudah putus asa serta rajin untuk mendapatkan sesuatu serta fokus adalah resepi yang terbaik untuk kejayaan yang gemilang. Pastinya aku mendoakan setiap pembaca setia blog “kecil” aku ini, agar mendapatkan manfaat serta berjaya dalam kehidupan masing-masing. dan jangan jadikan wang itu adalah matlamat sebenar dalam kehidupan. “alah, poyolah mamat ni.Kalau xde duit macamana nak hidup?”. Pasti akan ada yang begitu pada aku, tapi bagu aku, masing-masing mempunyai prinsip hidup yang jelas dan nyata. Bohonglah kalau aku tidak menimpikan untuk menjadi jutawan, namun aku tidak menjadikan itu sebagai alasan. Yang penting, adalah kebahagiaan hidup yang akan memandu kau untuk lebih berjaya dan lebih memotivasikan diri dalam perjalanan objektif yang kau telah mula lukiskan di dalam minda pada awalnya. Jangan berhenti berharap dan melakukan sesuatu yang kamu bagus walaupun gagal. Cuba dan cuba sehingga berjaya.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



Erm aku mempunyai masalah utk mengkonsistentasi kan membuat post di blog..kekekeke..Actually ada byk idea but mmg kena filter dulu, kang ada idea penulisan tu boleh membuatkan aku dilabel dgn pelbagai nama..kakakaka.
berkongsi ilmu seperti juga kita bersedekah kepada yang memerlukan. jika ada niat utk membantu sesama bangsa maka teruskan niat itu. tidak rugi malah ditambah rezekinya.
aku dah bosan sebenarnya dengan iklan-iklan ebook yang punyai maklumat yang hampir sama, cuma diolah dengan cara berlainan. x kisah duit habis tapi biarlah berbaloi, agama kita sendiri tidak suka pembaziran.
Catzer: yang penting, usaha..
Megat: kita perlukan kelainan Megat..
mari aku bunuh fantasi org ramai terhadap buat duit dengan blog
Fakta Menarik #1 — Kau tidak akan mendapat walau sesen pun pulangan dalam masa 6-12 bulan pertama menulis blog.
Fakta Menarik #2 — Kadar pengiklanan dengan trafik dari Malaysia adalah hisap (suck). Target international!
Fakta Menarik #3 — Menulis adalah susah. Research, tulis, research, tulis, proofread, correction, research, tulis. Pheww!
Terima kasih Mohd Ismail…Tips kau memang bagus..
Tulis blog ni jangan pikir susah. Tulis je apa yang terpk.. Jangan pedulikkan orang.. Ada orang akan komplen dengan apa yang ko tulis tapi apedehal… Selagi ada pengikut..
Yang penting jangan putus asa dan ikut ‘tune’ sendiri..
Aku sendiri masih belum dapat income dari blog ( semua belum capai minimum payment) ..
Tapi kena usaha dan perbaiki dari semasa dan semasa..
Gagal tak semestinya kalah…
Berjaya tak semesti menang…
Caiyoklah ko…
ya zool, ayat ko memang bagus untuk dijadikan azimat dan pegangan..
tulisan saya lagi teruk… hahahaha…
apohalpun kena usahakan sehingga sekian lamanya dan fokus… kalo kena dengan caranya boleh dapat ribu2 sebulan bukan dalam masa yang singkat… lebih2 lagi kalo ada mailing list… takder mailing list pun boleh buat duit jugak…