Mari Jumpa Aku Kalau Tidak Puas Hati-Lihat Siapa Yang Bacul
April 13, 2008 by uzair
Filed under Macam-Macam, Personal

Mari kita baca komen dari uzairubiahbodoh ini sebelum kau mengulas lebih lanjut.
uzairubiahbodoh
Ini lah penyebabnya kenapa orang Melayu tak maju-maju. Baru naik sikit adeee jer yang potong stim. Korang tahu tak bagaimana orang putih, cina dan india boleh kaya berbanding dengan korang orang melayu?? Cuba lah kaji sikit,.. jangan main sedap cakap jer,.. kaji betul2,.. dengar dari mulut orang yang dah buat duit. Aku nak tanya,.. sejak korang main internet ni,.. dah berapa juta korang buat?? Kalau sekadar bayar bil internet pun x lpas jangan cakap besarlah. Korang lulusan mana?? Kalau lulusan univrsiti bodoh sombong,.. memang patutlah dok merapu dalam blog ni. Be professional. Tak puashati,.. call kami di nombor yang tertera di akhbar atau datang sendiri ke pejabat kami.
Yes.Amat kelam kabut sekali komen yang diberikan.Tahniah aku ucapkan kepada “makhluk” ini yang akhirnya berani tampil ke hadapan untuk mempertahankan bisnes merapu yang mereka jalankan. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi datang ke blog aku ini. Yang keduanya, kerana sudi tidak meninggalkan nama sebenar di dalam komen box aku.

Beginilah saudara,
1. Aku bukan setakat dengar cakap orang, malah aku pernah pergi monsun biz punya talk dan seminar sebulan yang lepas, dan dari pengalaman aku dan dari lulusan universiti bodoh sombong aku ini, memang monsun biz ini adalah satu perniagaan internet yang paling merapu sekali pelannya dan hanya dieksploitasi oleh orang-orang seperti kamu yang memang tidak tahu apa sebenarnya perniagaan internet ini pada asasnya. Dan yang menjadi mangsa adalah orang-orang Malaysia yang kurang faham tentang perniagaan di internet ini. Aku nasihatkan saudara agar jangan bersilat lidah sekiranya anda sendiri tidak mengerti apa yang anda cakapkan.
2. Aku tahu bagaimana orang India dan Cina lebih maju. Ternyata soalan kau itu sangat merendahkan martabat diri sendiri dan cuba membuatkan aku seperti budak yang baru nak kenal dengan dunia perniagaan internet ini. Bangsa lain maju kerana mereka tidak malas seperti bangsa kita. Mereka berusaha berbulan-bulan, malah bertahun-tahun baru mendapat hasilnya.Tetapi bangsa kita semuanya ingin cepat,Ingin cepat jadi kaya, ingin cepat nak tunjuk kat orang kita kaya sedangkan kau juga menipu duit orang lain. Kau beli lot dan kau sewa kat orang lain.Apa yang mereka dapat? Jangan kau cuba untuk menafikan yang ada pihak lain juga yang sudah tidak puas hati dengan monsun biz ini dan ia datang dari orang kau sendiri. Nak aku temukan.Sila datang berjumpa dengan aku sendiri, ataupun kalau ingin lebih meriah lagi, mari kita berdebat bersama-sama di siaran langsung televisyen. Aku amat teruja untuk bertemu saudara yang memberi komen ini dan memberitahu kepada seluruh rakyat malaysia tentang perniagaan ini sebenarnya.
3. Sejak main internet berapa aku dapat? Kau nak lihat buku akaun aku? Sila jumpa aku di NO.10, Jalan Puncak 3, Taman Puncak Bukit Katil, 75450, Bukit Katil, Melaka. Aku harap, selepas kau lihat berapa jumlah yang aku buat di internet ini, kau boleh berfikir kembali tentang apa yang kau lakukan sekarang. Aku hanya mengeluarkan RM 2,100 sebagai modal sepanjang 3 tahun aku aktif di internet ini. Dan ya, aku membayar sebanyak RM 188.00 untuk Streamyx 2 MB aku. Belum pernah lagi sangkut pembayarannya.
Sebenarnya saudara, aku sangat suka dengan kehadiran kau di blog aku ini. tetapi, asah dulu pemikiran kau sebelum bertarung atau berdebat dengan aku. Kau boleh panggil seberapa ramai panel monsun biz kau untuk buat satu debat dengan bloggers. Dan aku juga boleh kumpul beberapa blogger yang prolofik di Malaysia yang membuat duit di internet. Mungkin kau buat sebanyak RM 20000 sebulan,mahupun berapa saja jumlah yang kau cuba war-warkan, tetapi blogger di Malaysia juga ada mempunyai pendapatan sebanyak USD 10000 hingga USD 30000 sebulan, dan ia dalam USD wahai kawan. Yang paling penting, pendapatan itu datang dari hasil pengiklanan yang pofessional dan tidak menipu orang lain, serta design website dan blog mereka, 100 x lebih cantik dan teruja dari monsun biz itu sendiri.
Sebelum aku menamatkan post ini, aku harap, sokongan dari pihak blogger lain untuk sama-sama kita menamatkan segala spekulasi tentang monsun biz ini.Benda - benda seperti ini yang sebenarnya memberi persepsi buruk kepada orang ramai di Malaysia, tentang apa itu perniagaan internet yang sebenarnya.
*update : Ahli monsun biz yang tidak puas hati
Monsun Biz perniagaan mengarut
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!



assalammualaikum,uzairubiah.
salute sama kamu!
teruskan perjuangan menentang penipu2 n perosak2 bangsa…
Ya..aku memang tidak suka orang yang cuba memperbodohkan orang lain untuk kepentingan dan kekayaan diri sendiri.
cayalah uzairubiah..ko memang gempak! aku salute ko..100x tabik spring..haha..
thanks Hafifi..aku xsuka orang yang cuba memusnahkan impian orang lain untuk kepentingan segelintir individu dan sesetengah pihak.
ak respek ko uzai.. pape hal. ak akan stiasa menyokong!
Wah..Best baca konyer counter attack..Bila org monsun nk reply nih..Aku trtggu gk nk tgk flame war nih..Sure ramai yg nk tgk gk..Lalala..
Ya..aku akan buat video kalau dia datang jumpa aku..Pastu hebah satu Malaysia..hahah
Thanks Hanep..orang monsun biz ni ingat aky budak kecik xtau aper-aper..Mereka ingat aku tak pernah pegi talk dia..dahla ranap RM120 aku pasal nak dengar benda ni jer..tapi apa ada hal..yang penting,aku tau yang bisnes ni memang xkemana..satu tahun jer aku bagi..
kakaka, aku kat blkg ko uzai. support.
Thanks Ramzy..
eh eh eh pinjamana TEKUN kan ada… apa susahnya… bayar aje laa. duit kan banyak… modal ribu2 tuuuuuuuuuu………… apehalpun monsun-biz sedang upgrade muka depannya sahaja…
nak cabar lagi nih wahai uzair…. ingat hebat sangat ke? hehehhe… akhir tahun 2008 aje bertahan. sampai bila derang nak promote kalo dah takder orang nak join lagi… meh ranking kan sehingga tangga teratas menda yang bernama monsun-biz nih. gua dah dapat muka depan dah dalam google dan yahoo… kalo tetiap kali iklan kuar dalam tv pastinya ada orang akan jenguk internet… itu laa jangkaan yang boleh dibuat… iklan dalam tv pun ada maaa….
very green monsun-biz maaaa…. meh kita turunkan website utama monsun=biz ke muka dua…google.
ya..page yang lain sama sajer..
Aku xdehal dicabar..hahaha..aku bukan nak sangat hentam diorang ni, diorang punya idea bagus, tapi bila duit jadi taruhan, terus hilang fokus.Pegi beli BMW la, Mercedez, nak tunjuk yang diorang buat monsun ni dah boleh pakai itu semua. Padahal, duit tu datang dari Landlord mereka sendiri. Cuba tanya diorang, ada tak landlord mereka yang dah kaya? Haram jadah. Bossmailer spam, dia kata tak spam.Nampak sangat Buta IT diorang ni.Aku pun rasa dah jelik nak terang kat member-member aku yang dah join tuh. Bila xdapat, mula mengeluh.Tapi sebenarnya, salah sendiri.Manusia memang selalu kelabu mata dengan duit.
heh..scam is scam..ok2…aku nak tanya..ada tak akta yang boleh protect kita kalau bossmailer diorang nie masuk inbox aku?sebab ,melanggar privacy aku?kalau ada sila berikan kerana aku akan sendiri wat report police jika inbox aku penuh dengan email mereka
Setakat ini, Malaysia masih lagi tidak mengetatkan enakmen ini.Tapi xper, kau dah boleh mula report kat kementerian telekomunikasi.
Tabik spring la aku kat ko.Bagus la camtu sebab baru diorang tahu yang kita ni bukan mudah nak kena bodoh oleh orang bodoh cam diorang.
Motif utama nak dapatkan duit dari kita saja.Banyak dah program t**k camni.Sekali lagi gua tabik
Thanks Starline..ya, kita bukan orang yang bodoh-bodoh sekarang ni..cukuplah dengan pelaburan yang macam t**k tu dulu,ni tambah pulak yang ni.
bagus la uzair..thks 4 the info..abg aku mcm bminat nak msk..mak aku siap nak bg modal lg..kwn abg aku yg msk siap tunjuk cheque yg nora bg lg..betul ke?aku xtahu sejauh mana benda ni blh pegi..tp tahla..kalo ko n geng2 ko blh buktikan pd umum betapa ruginya msk bnda ni..bagus sgt..xlah org tertipu lg..blh aku buktikan pd mak aku yg benda ni x bfaedah lgsg..kumpulkan org2 ko uzair..go uzair..go
saya dah banyak duit habis dgn internet..tapi satu sen pun tak masuk lagi..
seminar irfan khairi pun saya dah pergi..tapi entahlah..saya yang lembab kot..tapi biler pikir nyesallak sebab bende-bende basic..tu pun diorang boleh buat duit..
thank 4 selamatkan duit aku. aku baru plan nak join. thank you
*Suzy :Buat masa ni, jangan join diorang lagi.Daripada RM 50,000 kau nak join tu, baik kau buat benda lain.Aku boleh ajar bnyak lagi cara kau boleh buat duit di internet.
*Siti :Memang manusia macamni.Ajar tidak mahu detail.Yang basic ajer.Tu pun dah kena RM 600++. Kalau nak lagi detail ada lagi fee dia. Nampaknya aku kena buat tutorial tentang ini.
Shasha : Memang dah terbukti pun. Kau boleh pergi ke seminar diorang. Diorang buat duit dengan software itu, bukan dengan laman web yang digembar-gemburkan.Filosofi mereka lain dari apa yang diucapkan.
ada rm50k? kalo ak.. daripada gadaikan kt bnda ni., baik pakai utk public mutual jer..xpn asb…
huhuh…
Aah..betul tu Hanep..Aku pun dah lama gak invest kat public mutual.Tak banyak sangat la.Sikit jer.Tapi kalau aku dalam 50k tu dah boleh nak buat startup dah tuh.
eh mana ada 50k. 10k aje kena bayar. lenlain lebihnya kan ada bantuan dari TEKUN… takder laa jadi 50k terus… habis tu nak bayar baliknya…? sampai ke bila-bila nak habiskan bayaran tu…?
kalo gitu saya pun nak hambik… pinjam 10k pastu hambik 40k lagi dari TEKUN… pastu bayar lagi hambik lagi… dan bayau lagi dan hambik lagi sampai 100 ribu… lagi …. mudah kan kan kan kan kan…
tekun bgi 30K je…tu pun klau peminjam tu layak ler utk dpt pinjaman TEKUN. Saya pergi mlm pelancaran MONSUN…hanya mereka yang layak mengikut terma & syarat TEKUN je yang boleh dpt pinjaman.
tuh lagi la aku geram..macamana orang tekun nih boleh merge dengan diorang..
alaaaa…TEKUN kan dinobatkan pada mlm tu 1st landlord MONSUN….! Dlm iklan METRO utk mlm pelancaran MONSUN TEKUN akan bgi kelulusan serta merta pada sesiapa yg hadir & nak join MONSUN, punyalah ramai yg dtg smpai ada yg tak dibenarkan masul ballroom Grand Season Hotel..akhirnya bos TEKUN umumkan tak bleh bgi loan kat semua cuma pada yg layak saja. Pn.Nora umumkan lak nak bg loan sebanyak 45K pada 200 org tpi bulan2 kena bayar 5K kat dia. Ada kenalan yg saya kenal mlm tu siap berhenti kerja lgi…tapi smpai skrg progrm tu tak jalan lgi.
AKu sebenarnya memang jammed giler dengan MIRSB nagn Puan Nora.Diorang ni tak tahu apa sebenarnya diorang buat.Semua ni membuatkan persepsi buruk kat orang kita sendiri tentang perniagaan internet.
Macamanalah orang-orang macamni boleh terlepas.Aku sampai sekarang cuba cari alternatif macamana nak hambat diorang ni semua.
oh ya..lgi 1. Pn. Nora kata dia org nak tubuhkan universiti baru dlm bln Mei nie…tak silap dah dapat kelulusan katanya. Universiti nie terbuka pada semua, walaupun tiada kelulusan akademi & berminat dlm ICT. katanya kursus yg ditawarkan hanya ambil masa paling cepat 1 minggu je dh bleh dpt sijil!!
Pergh..ni lagi macam gampang..