Macamana Aku Nak Turunkan Berat Badan

April 29, 2008 by uzair  
Filed under Personal

Berat badan aku semakin meningkat. Adakah metabolisma badan aku sudah tidak berfungsi lagi? Kenaikan 10KG dalam masa 4 bulan merupakan sesuatu yang ngeri bagi aku. Belum pernah seumur hidup aku mencecah berat badan sampai 73KG dengan ketinggian hanya 175cm.

Sampai penimbang yang boleh bercakap kat Jusco hari tu pun cakap aku fat! Malu siot.Kuat pulak tuh. Aku dah cuba bermacam-macam ubat diet, teh orang kampung, sampai naik kebas macam kena bius punggong aku sebab asyik ulang-alik pergi jamban.Hanya satu sahaja yang belum lagi aku cuba. Iaitu, bersukan.

Sebenarnya, aku dah 4 bulan tidak bersukan.Kalau ada pun, cumalah bersukan di atas ranjang yang mungkin tidak cukup kuat untuk membakar lemak-lemak tepu di pinggang dan serata badan.Muka pun dah chubby. Adakah aku patut bersukan kembali? Masalahnya aku malas.Amat malas.Dan malas itu yang buat badan aku tak turun-turun.

So, aku dah bercadang nak beli mesin berlari atau apa sahaja mesin yang boleh buat aku bersenam hanya dirumah. Lebih-lebih lagi, aku amat gemar berlari-lari anak dalam keadaan bogel. Jadi, tidak manis sekiranya aku praktikkan di luar.Akan berlaku satu “culture shock” di setinggan aku nanti. Aku inginkan keadaan aku yang seperti dulu. Yang badannya ala-ala Cristiano, bezanya dia ada 6 packs di perut, aku cuma satu.Ha..ha..

Walaupun ada yang bising kata tidak payah kurus, aku tetap jugak nak turunkan berat badan.Sekurang-kurangnya, dalam 7kg. Tapi, sebelum itu, aku perlu kawal nafsu makan aku yang menggila. Sejak ada yang tolong masakkan, aku memang dah gila makan. Alang-alang puasa pun bakal tiba, eloklah aku bertatih menahan perut dari sekarang. Sekurang-kurangya, manis yang aku ada tidak pudar.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Comments

18 Responses to “Macamana Aku Nak Turunkan Berat Badan”
  1. hafifi says:

    aku kuruskan badan dgn jogging n angkat besi ckit..seminggu 4 kali pegi gym..cube arr, mungkin berjaya tapi disiplin kena tinggi

  2. uzairubiah says:

    pegi gym..tu la yang malas tuh..aku ingat beli equipment letak kat umah mungkin boleh kot.Thanks for the good advice..

  3. catzer says:

    kekeke ni tips aku tau..:-

    1. minum air masak byk2 then rerajin pi toilet.

    2. Jgn makan mknn berat selepas mkn mlm..tp kengkadang aku mkn gak..kekeke

    3. Bykkan mkn buah, makan kena kerap tp amount tu kena control

    4. Pastikan ko ada penimbang dirumah bg mengelakkan jatuh kemaluan semasa menimbang diluar..kekeke

  4. uzairubiah says:

    wah..bagus tips kau nih..tapi bab jatuh kemaluan tuh..aku rasa xkot..sebab dia naik..hahaha

  5. abdfatah says:

    hahahaha… besaunya dia. model mana tu. yang kecik tu nape tak sensor sikit… alolaaaa… ahahahaha…

    penimbang kat umah tu memang patut kena ada laa untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya…. takper laa semoga maju jaya. boleh buat target untuk tahun 2008 sebagaimana rjuna buat targetnya untuk turunkan berat badannya… berjayakah beliau? meh kita pi tanya rjuna…

  6. uzairubiah says:

    memang kena penimbang nih..kang kalau aku tak check..nanti xde motivasi..

  7. Mohd Ismail says:

    1. banyakkan minum air kosong, biar lemak yg ko makan tu x lekat kat badan (teori peribadi)

    2. keluarkan peluh sekurang2nya sekali sehari..

    3. kurangkan karbohidrat putih (nasi, mee, kuey teow, bihun)

    4. selalu compare badan dengan Brad Pitt =)

  8. uzairubiah says:

    haha..yang ke-4 tu memang superb tips..thanks..lawak ko nih..

  9. zool says:

    APa kata ko join team aku main futsall..
    DUlu geng2 aku selalu main futsall kat ayer keroh atau cheng
    Tapi sebab selalu tak cukup orang tu yang terbengkalai tu…
    Boleh ajak Mike sekali.. Tapi aku tak jamin ko boleh kurus cuma badan ko rasa ringan sikit.. Kalau nak best lagi ajak le pegawai2 ko sekali.. Takkan keje je….

  10. titan says:

    Jogging la sampai lutut dengan kaki tak cukup oksigen. Sehari 20 minit. Pagi dan petang sekali. Aku turun 10 kila dalam 2 bulan.

    Dulu 68 kg. Sekarang..58 je..haha!

  11. uzairubiah says:

    aku ada try Titan..2 hari jer tahan..aku dah malas sebenarnya.Tu yang pakai basikal dummy jer.

  12. hanep says:

    huhu… korang best, nk turunkan berat. aku nk naikkan berat ada la.. got any tips?

    *off topic

  13. uzairubiah says:

    makan weight gain..atau nak cara lama..bukan makan banyak..tapi makan tengah malam..

  14. karan johari says:

    pagi2 makan nasi lemak 3 bungkus
    tengahari makan chicken rice 2plate
    malam makan nasi kandar

    he he he
    semoga berjaya

  15. boi says:

    weh, berat aku 53. tinggi aku 1.68m. korang rase tu ok tak ?

  16. uzairubiah says:

    Karan: Ko punye tips memang gempak..kalau ikut makin “gempak” badan aku..hahaha

    boi: Rasanya ko kena makan weight gain cket..dapat lagi 3 kilo dah kira ok..

  17. shy girl says:

    aku dah naik 85 kg dan tinggi cuma 160cm. malu la nak cakap………..mama aku tiap- tiap hari ngepek.
    nak buat macam mana ha baru boleh turunkan berat badan aku nih……….
    tolong bagi tips yang berkesan ya…..ThankQ

  18. uzair says:

    Shy Girl: Kurangkan makan malam..makan sarapan n tengahari jangan miss..petang g senam..20 atau 30 minit pun xper..janji berpeluh..banyakkan minum air..insyaAllah boleh kurangkan berat badan dalam masa 2 atau 3 bulan..

Kongsi Respon Anda

Baritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan...
dan oh, kalau nak ada gambar dalam koment, dapatkan gravatar!