Congkak-Filem Baru Aku Tengok

April 20, 2008 by uzair  
Filed under Movie Review

Agak bosan sebenarnya pada hari Ahad ni, jadi aku mengambil peluang untuk keluar menemani yang tersayang untuk shopping, disamping cuba memujuknya untuk menonton filem Congkak. Biasalah perempuan ni, kena keluar budget sikit nak pujuk.

So, setelah habis 4 keping not RM50 dikeluarkan untuk membeli barang yang aku rasa tak payah beli, aku akhirnya dapat menonton filem Congkak, karya terbaru Ahmad Idham yang telah lama aku tunggu waktu yang sesuai untuk menontonnya.

Congkak

Lokasi kami ialah di MBO, Melaka Mall. Dengan dua keping tiket yang ada di tangan, aku memimpin tangan yang tersayang yang dari tadi ku lihat agak risau dan susah hati.Aku sebenarnya ada niat lain, supaya dia takut and nanti kat rumah dia akan menjadi tersangat manja.He..he..Dua dalam satu.

Pada permulaan cerita, aku rasa seperti nak tergelak masa dia introduce asalnya permainan Congkak ni yang dikatakan datang dari langit. Akan tetapi, selepas babak itu, mood seram dah masuk. And saat tu juga yang tersayang merapatiku sedikit demi sedikit dan akhirnya, dan bertaut.

Aku cuba fokus kepada cerita ini, tetapi banyak masa hanya untuk menenangkan dirinya. Tapi, saat saat seram itu, timbul juga bila babak Elly, dirasuk dan juga ditarik ke bawah katil. Filem ini bagus juga tetapi aku rasa ianya terlalu moden sangat dan ada effect.Kalau dibuang effect tu, mungkin akan rasa lebih dekat lagi.

Aku mula-mula nak bagi 2.5 bintang, tapi ada satu babak tu dia mampu buat aku terkejut, jadi aku up lagi satu bintang.Aku bagi 3.5 bintang. Apa-apa pun, semua pelakon membawa watak dengan amat baik sekali.Pergi tengok..Itu je yang mampu aku sarankan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Comments

2 Responses to “Congkak-Filem Baru Aku Tengok”
  1. Mohd Ismail says:

    heheh… apa benda yg ko beli tp ko rasa x patut beli tu? =p

    *congkak ni mengkonfiuskan aku.. dlm media mainstream, wartawan julang sgt cerita congkak ni sampai kononnya Thailand da berminat nak buat remake.. tp bila baca pengalaman org tgk, xde la mcm best sgt.. he he*

  2. uzairubiah says:

    Memang xde best sangat.Sedap lagi kena peluk..wakakaka..tapi part dia bagi terkejut tu..kira ok la..

    *beli apa lagi Mail kalau perempuan dapat duit.Aku rasa ada banyak lagi baju and seluar yang tak pakai lagi.Diorang ni bila dah nampak cantik jer..terus ngap.Sudahnya, aku yang sangap.hahaha*

Kongsi Respon Anda

Baritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan...
dan oh, kalau nak ada gambar dalam koment, dapatkan gravatar!