Bagaimana Kau Buat Duit Di Internet
Ini ialah topik yang paling malas aku nak tulis, tetapi perlu bagi membantu saudara-saudara yang diluar sana, yang masih termangu-mangu tentang bagaimana untuk membuat duit di internet. Tetapi, sebelum aku membawa kau semua ke alam lain, silalah subscribe blog aku ini serta sematkan di dalam hati dan jangan terasa dengan ayat-ayat aku yang mungkin akan mengguriskan hati sesetengah pihak.
Kita selalu dengar tentang para-para Internet Marketer, khususnya di Malaysia, yang giat membuat seminar, menjual e-book, dan bermacam-macam lagi sales pages yang kadang-kadang tidak pun memberi apa-apa selain janji-janji manis, dan memujuk agar kau semua membeli e-book mereka.
Mohon maaf sekiranya, ada sesiapa yang terasa. Aku tidak bercakap kesemuanya begitu, tetapi ramai yang begitu. Dan aku juga percaya, wujudnya beberapa e-book yang amat bagus sekali dan boleh dipraktikkan sekiranya kau ingin membuat duit di internet.
Post aku kali ini, adalah kesinambungan dari post aku yang terawal dulu bagaimana kau ingin membuat duit.Dan, aku mulakan dengan penjualan produk. Penjualan produk ialah perkara biasa dan amat mudah sekiranya, kau ada produk. Yang tinggal hanyalah promosi dan promosi dan promosi. Bagitahu satu dunia, tentang apa kelebihan produk kau dari produk yang lain dan pastinya, produk kau akan mendapat sambutan
Ingin membuka kedai online? Tidak perlu beli software yang mahal dan merapu seperti apa yang monsun biz jual. Ada satu post yang amat baik dari saudara Mohd Ismail kita tentang skrip percuma untuk kedai online.
Perkara pertama yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
1. Apakah Produk Yang Ingin Dijual
- Ini adalah asas atau foundation yang paling penting. Kau perlu tahu apa yang kau ingin jual. Ianya tidak kisah dari produk baru, produk yang kau dah tak nak pakai, atau pun produk orang lain dan ambil komisen. Dan aku merupakan seorang yang suka melawan hukum. Sekiranya kau belajar ekonomi, perlu ada permintaan untuk sesuatu barangan, baru kau boleh jual. Tetapi bagi aku, tidak perlu semua itu. Cuma strategi promosi yang tidak berkesudahan, baik dan berkesan, diikuti dengan produk kau sendiri yang berkualiti dan berguna, pastinya ia akan dapat menarik minat pelanggan.
2. Tiada Laman Web?
- Pergi beli satu domain, dan kalau boleh, ia tidak perlu fancy. Cukuplah sekadar ia memberi makna atau hampir kepada apa yang kau ingin jual.
3. Macamana Nak Setup?
Kau boleh menghubungi aku dan aku akan ajarkan bagaimana kau boleh setup sebuah website untuk perniagaan kau. Email sahaja aku, dan belanja aku teh tarik bersama roti canai 3 keping. Aku ingin membantu secara percuma, tetapi masa aku adalah wang. Mungkin 4 tahun dulu ianya tidak, tetapi sekarang ianya amat berharga.
4. Design Dan Branding?
Ianya perlu. Website atau kedai online kau, perlu kelihatan berbeza dari orang lain, walaupun kau menggunakan skrip yang sama. Ianya bertujuan bagi menambahkan kredibiliti dan imej terhadap perniagaan itu sendiri. Terdapat ramai freelance di Malaysia sendiri yang dapat membuat logo yang berkesan dan effective.
5. Bagaimana Mahu Promosi?
Iklankan perniagaan kau. Sekiranya kau mempunyai budget yang besar, iklankan sahaja di Surat Khabar Metro. Pembacanya adalah terdiri dari orang-orang yang sukakan sensasi serta benda-benda begini. Learn from Monsun Biz lakukan. Program Adwords, Yahoo Search Marketing, Adcenter, adalah mesti sekiranya kau serius. Email sahaja aku dan aku akan membantu. Sekali lagi, 3 keping roti telur perlu kau belanja untuk aku. Ia tidak percuma.
6. Itu Sahaja?
Sebelum apa-apa, ini adalah pendidikan asas. Dan aku akan cuba pergi ke details selepas ini satu persatu. Sekiranya ada yang membelanja aku teh tarik atau mengikut hati naluri aku. Atau ada sesiapa yang bercadang agar aku membuat satu complete E-book tentang ini? Please, itu juga bukan percuma. Dan harganya pasti bukan RM 7, RM 17 atau RM 27. Ianya RM 77, 88, atau 99. Bukan propaganda. Dari mula, sampai habis. Tapi aku benci consult pakai e-book.Lebih baik dengan cara membuat tele conferencing atau berjumpa. Sehingga sekarang, ada dua lagi client yang tinggal yang perlu aku bantu.
Sila tinggalkan soalan di komen box aku atau pun contact sahaja aku melalui e-mail. Aku akan berikan no telefon sekiranya kau berminat dengan aku.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!






aku berminat nak ajak ko borak2 boleh ? :p
Boleh..takdehalhal..apa medium komunikasi?