Aku Umumkan Pemenang Dan Warga Network Baru

April 27, 2008 by uzair  
Filed under Macam-Macam

huh..Ingatkan semalam nak post, tapi disebabkan Manchester United kalah..aku jadi tension.Terbawa-bawa hingga ke alam mimpi. Shit!. Tapi tidak mengapa. Aku still konfiden yang MU boleh juara lagi tahu ini. So, sesiapa yang tidak suka dengan aku pasal aku sokong MU, kau memang tahi! Jangan pasal bola kita bertelagah ok?

Semalam aku ada buat peraduan meneka barang apa yang aku nak beli, tapi tak dapat sambutan.Takpelah.Blog baru, so, orang pun tak ambil port sangat. Yang komen hanya catzer sahaja.Walaupun apa yang dia teka tu salah, aku bagi jugak hadiah tu kat dia.Pasal memang aku nak bagi sesuatu dekat orang yang menjadi visitor blog ini.

So, apa yang aku beli?

yeah..laptop baru. Hanya berharga RM 1799.Jenama Compaq.

Spec dia:

AMd Turion 2.0Ghz

2GB RAM

15.4″ Screen

Aku hanya gunakan untuk buat kerja sahaja.Mobile.So, aku takkan terlepas untuk blogging walaupun aku keluar kemana-mana.Hajat di hati nak beli MACbook Air, tapi aku rasa tak berbaloi pulak. Dan aku juga beli sebuah washing machine baru berjenama Samsung.Tapi, sampai sekarang, belum dapat lagi. Aku rasa macam nak amuk je nih.Takkan Jusco lambat macamnikan? Anyway, aku akan pergi jenguk mesin basuh aku tu kejap lagi.

Ini resit pembelian.Aku ni memang suka beli barang.Tapi bukan membazir tidak tentu pasal.Semuanya perlu ada sebab. So, sekarang ada dua platform aku nak blog and buat business, and satu lagi, untuk menggantikan mesin basuh lama yang dah tak boleh nak spin.

Pemenang peraduan semalam ialah saudari Catzer kita.Tahniah.Walaupun dia salah teka, aku tetap jugak nak bagi dia duit sebab dia komen peraduan aku dan berusaha untuk teka.Dan selepas ini, aku akan umumkan warga network yang terbaru.Agak-agak sapelah dia yer…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Comments

11 Responses to “Aku Umumkan Pemenang Dan Warga Network Baru”
  1. catzer says:

    kekekekek, thanks erk duit free..lps minyak motor aku minggu ni..kui kui kui..Aisey, MU kalah ngan chelsea erk..kekeke..rugi aku tak tgk bola mlm tu..Erm aku pun kena beli mesin basuh lah jammed tgn aku ni men”spin” pakaian hari2..

    Projek suami isteri mcm mana,masyuk..hampeh korang berdua..bikin hati aku panas jerk :p

  2. uzairubiah says:

    ceh Catzer..jangan cite kat sini..malu banget gue..

  3. aman says:

    wow..laptop baru tue…aku pun tgh kumpul duit nak beli desktop..huhu

    p/s: salam perkenalan.. :D

  4. uzairubiah says:

    Thanks Amanz..gua dah kenal kau lama..maybe kau je tak kenal aku..kalau ko kenal alphagiga, aku le tu..Sajer beli laptop..senang..

  5. Mohd Nazif says:

    Melampau tuh…banyak duit..

  6. uzairubiah says:

    aku beli ni jer..kau beli kereta..

  7. catzer says:

    rilekslah beb..kita kan open minded..kekekekek

  8. uzairubiah says:

    hehehe..pandai ko yer..

  9. Hamid says:

    Beli kat mana? minat gak laptop ni.. murah plak tu
    harddisk brapa?

  10. Hamid says:

    compaq? boleh bagi tahu penuh
    compaq v1, compaq 100 apa apa je la :)
    nak tengok kat kedai ni.

  11. uzairubiah says:

    beli kat stygix..nama penuh Compaq f762au

Kongsi Respon Anda

Baritahu Kami Apa Yang Anda Fikirkan...
dan oh, kalau nak ada gambar dalam koment, dapatkan gravatar!