Aku Perlukan Bantuan

Jikalau ada yang belum tahu, aku merupakan pemuzik amatur yang telah bermain muzik selama 13 tahun iaitu semenjak aku belajar di sekolah darjah 6 lagi. Dan aku amat bebal apabila berada dalam pilihan untuk memilih software muzik yang terbaik untuk aku gunakan sebagai platform bagi melahirkan muzik-muzik segar ala-ala Eddie Hamid.
Aku ada mengetahui tentang software GarageBand yang ada pada laptop keluaran Apple, dan aku juga cuba mencari sesuatu seperti itu untuk Windows Vista kerana software itu sangat amazing. Tetapi, setakat ini, semuanya hampeh dan tidak sesuai dengan aku yang hanya ada guitar tong Yamaha sahaja.
Jadi, aku perlukan sesuatu yang ada drum loops, dan effect-effect built in yang dapat aku gunakan dalam mem”produce” muzik berkualitas.Bagi sesiapa yang tahu sofware-software sebegitu, bantuan anda amatlah diperlukan. Aku akan jenguk ke PirateBay selepas itu. Apa-apa pun, dengarkan sebuah lagu jiwang dari aku, berjudul, *Kaki ku, Masuk Setengah Di Lubang Jamban*.
Feeder-Feeling A Moment
*Proceed with Caution-May Distract Your Ears and Tear Them Apart. Also contain explicit lyrics that may violate mind, culture and root behavior of yourself. This author of the song doesn’t entitled to any bad or side effect for the cause of hearing the song.Please state in mind that this is for educational purposes only*
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!





