Personal Coaching (Updated)
- 0
- Add a Comment
Mulai hari ini, 1 July, telah termaktublah bahawa bermulanya satu pencapaian terbaru aku dalam menghasilkan beberapa projek penting dan yang terutamanya adalah, projek Personal Coaching. Beberapa perkara-perkara remeh dan leceh telahpun diselesaikan dan juga sedang menunggu masa sahaja untuk aku lancarkan.
Agak sibuk juga aku beberapa bulan ini menguruskan “baby projek” ini dan sudah termaktub, ianya bukan mudah seperti yang ramai sangkakan. Membuatkan satu tempat khas untuk orang belajar affiliate di internet actually bukan perkara mudah. Aku telah menumpukan hampir 100% usaha untuk menjadikan pelancaran pertama ini mengikut apa yang aku inginkan.
Rasa kasihan juga kepada ramai peserta coaching yang sudah lama menunggu, namun hadiah yang paling penting dari aku adalah, kesabaran mereka akan membayar mereka semula dalam setahun nanti. InsyaAllah. Yang paling penting adalah, kesungguhan mereka dan juga kesabaran mereka untuk belajar mengenai affiliate marketing ini.
Oleh itu, kepada peserta-peserta coaching, sila emailkan nama sebenar serta alamat anda ke admin@rahsiaaffiliatepro.com sebagai tujuan data untuk aku sendiri dan jangan lupa untuk letakkan tajuk ” Peserta Coaching” pada tajuk email.
Sila hantar email anda secepat mungkin untuk tujuan pengesahan. Bagi sesiapa yang tidak membayar namun cuba untuk menipu, aku suggest jangan buat kerana segala nama peserta semua sudahpun ada di tangan, namun cuma untuk tujuan pengesahan sahaja.
Coaching akan start dalam masa 5 hari lagi, jadi sila bertindak sekarang. Aku dalam proses untuk mengupload segala video ke server dan juga menambah forum untuk ruangan kita semua berbincang.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

.gif)